Wednesday, 30 September 2015
Dimanakah jodohku ?
Assalamualaikum. haii. kaixo egun on,zdrasti, bon dee-ah, annyeonghaseyo, sobaakhul khoir. selamat pagi semua.. hehe. Okay hari ini kita sempoi je kay. seperti tajuk di atas. Dimanakah jodohku ? dan siapakah jodohku ? seperti yang sedia maklum bahawa jodoh itu rahsia Allah taala bukan ? Tetapi Hakak seringkali berfikir, siapakah gerangannya ? adakah jodoh saya ketika ini adalah kawan sy sekarang ? atau dia masih berfoya-foya dengan wanita lain? hurmmm, sebenarnya Hakak risau, semakin lama semakin tua Hakak ni. bukan semakin muda. betul kan ? Mungkin diantara kalian yang membaca blog ini adalah jodohku. Mungkin. siapa tahu kan ? Saya nak pesan kepada bakal zaujku. Siapa aku ? cukuplah kamu hanya mengenali dengan namaku sahaja. Jangan mengenaliku kerana aku tidak sebaik yang disangkakan. Kerana kekurangan dan keburukkan yang akan kelihatan apabila telah kenal diriku ini. Aku tidak mahu sesiapa menyesal mengetahui sikap, cara, dan percakapanku. Kerana apa? kerana terlalu banyak kekurangan yang akan aku tunjukkan kepadamu suatu hari nanti.. Enough!! Hanya dengan gelaran sahaja sudah memadai. cukuplah hanya Dia lebih mengenali aku dan orang lain melontarkan pelbagai andaian pada aku. Bukan aku sombong untuk tidak mahu sesiapa kenal denganku tetapi ada sebab yang akan kamu ketahui setelah mengenaliku. Aku tahu kemampuanku, untuk mengenali pelbagai ragam manusia sememangnya tiada noktah!. Wahai bakal zaujku. Aku ingin kau tahu bahawa setiap hari ku pasti akan mendoakan perjalananmu untuk menempuh dugaan yang panjang untuk menghalalkanku. meskipun kamu tidak tahu bahawa kaulah jodohku kelak. Wahai bakal zaujku, Jangan engkau sesekali mendengar atau mempercayai cerita tentangku dimulut-mulut masyarakat. Meskipun mereka berkata begitu, bagiku itu adalah satu dugaan untuk aku tempuh didunia. Aku mahu kau disisi untuk menguatkan kesabaran hatiku ini. wahai bakal zaujku, jaga kesihatanmu elok-elok. Jika kamu sekarang ini sedang dilamun cinta oleh mana-mana gadis, Tolong putuskan. hehehe. Wahai bakal zaujku, jika Allah memberiku hidup lebih panjang suatu nanti, pasti kita bertemu jua. Insha Allah. Itu janji Allah. Jodohku kita pasti akan bertemu jua kelak. Aku akan doakanmu. Amiinn..
Sunday, 27 September 2015
Berapa ramai lelaki boleh jadi imam??
Assalamualaikum semua.. Hehe.. Hakak datang kembali. Okay isu kita pada hari ini ialah tentang berapa ramai lelaki boleh menjadi imam? Mari kita kupas.
.
.
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
.
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
.
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
.
“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
.
“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
.Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Kesimpulannya lelaki tidak perlu menunding jari kepada wanita sahaja walhal diri sendiri yang patut perbaiki kelemaham seseorang pasangan mereka.Ramai jugak lelaki zaman sekarang lebih ambil berat tentang status pasangan tersebut sama ada pandai memasak atau sebaliknya. Jika lelaki mahukan perempuan yang pandai memasak. Maka perempuan juga layak memilih lelaki yang boleh dijadikan imam mereka sama ada didunia mahupun diakhirat sana. Insha Allah. Mari kita sama-sama berubah kerah kebaikan diri, masyarakat dan negara. Segala salah silap datang dri saya. Yang baik datang dri Allah.. Wallahi.. Assalamualaikum.
Sunday, 20 September 2015
SRIKANDI ISLAM
Assalamualaikum dan selamat pagi adik, akak, abang yang saya sayangi sekali.Hari ini baru sempat nak update blog. Dah lama tak update. Haha. Padahal baru berapa hari je. Lama dia tu macam 2 tahun tak update. Okay hari ini hakak nak bercerita tentang srikandi islam iaitu siti fatimah az zahra.selamat membaca.
.
.
.
Lahirnya Siti Fatimah Az Zahra r.a merupakan rahmat yang telah dilimpahkan Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yang suci. Ia laksana benih yang akan menumbuhkan pohon besar penyambung keturunan Rasulullah SAW. Ia satu-satunya yang menjadi sumber keturunan paling mulia yang dikenali umat Islam di seluruh dunia.
.
Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW di angkat menjadi Rasul.
.
Siti Fatimah Az Zahra r.a membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala sedang hebatnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala. Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a sudah mengalami penderitaan, merasakan kehausan dan kelaparan. Dia berkenalan dengan pahit getirnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Lebih dari tiga tahun, dia bersama ayah bondanya hidup menderita dibuang daerah akibat pemboikotan orang-orang kafir Quraisy terhadap keluarga Bani Hasyim.
.
Setelah bebas penderitaan setelah 3 tahun diboikot, datang pula ujian berat atas diri Siti Fatimah Az Zahra r.a, apabila wafatnya bonda tercinta, Siti Khadijah r.a. Perasaan sedih selalu sahaja menyelubingi hidup sehari-harinya dengan putusnya sumber kecintaan dan kasih sayang ibu.
.
Rasulullah SAW sangat mencintai puterinya ini. Siti Fatimah Az Zahra r.a adalah puteri bongsu yang paling disayang dan dikasihani junjungan kita Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW merasa tidak ada seorang pun di dunia, yang paling berkenan di hati baginda dan yang paling dekat di sisinya selain puteri bongsunya itu.
Part 2 - SITI FATIMAH AZ ZAHRA
.
.
Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian: “Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…” Penyataan baginda itu bukan sekadar cetusan emosi, melainkan suatu penegasan bagi umatnya, bahawa puteri baginda itu merupakan lambang keagungan peribadi yang ditinggalkan di tengah umatnya.
.
Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan sendiri ujian-uijian getir yang dialami oleh ayah bondanya, baik berupa gangguan-gangguan, mahupun penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan orang-orang kafir Quraisy. Siti Fatimah hidup di udara Makkah yang penuh dengan debu perlawanan orang-orang kafir terhadap keluarga Nubuwah, keluarga yang menjadi pusat iman, hidayah dan keutamaan. Dia menyaksikan keteguhan dan ketegasan orang-orang mukmin dalam perjuangan gagah berani menghadapi komplot-komplot Quraisy. Suasana perjuangan itu membekas sedalam-dalamnya pada jiwa Siti Fatimah Az Zahra r.a dan memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadinya, serta mempersiapkan kekuatan rohaniah bagi menghadapi kesukaran-kesukaran di masa depan.
.
Setelah ibunya wafat, Siti Fatimah Az Zahra r.a hidup bersama ayahandanyaa. Satu-satunya orang yang paling dicintai. Dialah yang meringankan penderitaan Rasulullah SAW ketika ditinggal wafat isteri baginda, Siti Khadijah. Pada suatu hari Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan ayahnya pulang dengan kepala dan tubuh penuh pasir, yang baru saja dilemparkan oleh orang-orang Quraisy, di saat ayahandanya sedang sujud. Dengan hati remuk-redam laksana disayat sembilu, Siti Fatimah r.a segera membersihkan kepala dan tubuh ayahandanya. Kemudian diambilnya air untuk mencucinya. Dia menangis tersedu-sedu menyaksikan kekejaman orang-orang Quraisy terhadap ayahnya.
.
Kesedihan hati puterinya itu dirasakan benar oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk menguatkan hati puterinya dan meringankan rasa sedihnya, maka Nabi Muhammad SAW sambil membelai-belai kepala puteri bongsunya itu, berkata, “Jangan menangis…, Allah melindungi ayahmu dan akan memenangkannya dari musuh-musuh agama dan risalah-Nya.”
.
Dengan tutur kata penuh semangat itu, Rasulullah SAW menanamkan daya juang yang tinggi ke dalam jiwa Siti Fatimah r.a dan sekaligus mengisinya dengan kesabaran, ketabahan serta kepercayaan bahawa Islam akan menang. Meskipun orang-orang sesat dan derhaka seperti kafir Quraisy itu sentiasa mengganggu dan melakukan penganiayaan-penganiayaan, namun Nabi Muhammad SAW tetap melaksanakan tugas risalahnya. Wallahu a'lam.
Friday, 4 September 2015
Semua orang mempunyai masalah tersendiri
Assalamualaikum semua. Dah lama hakak tak update. Busy sikit beberapa hari ni. Hehe.okay hari ini hakak nak cakap tentang masalah manusia.
Ya! Semua manusia mempunyai masalah. Setiap masalah pastinya adalah berbeza bagi setiap orang
Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain.
Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi.
Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kita selalu mengharapkan simpati?
Jangan terlalu mengharapkan simpati dariy orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita.
Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.
Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama – sama dengan kita.
Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyaimasalah yang boleh menyakiti perasaannya.
Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif.
Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita.
Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya.
Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.
Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya.
Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.
Daripada terus membincangkan hal – hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.
Selalu merasa optimitis dan gantilah kata – kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kita berasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita.
Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.
Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat.
Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti.
"Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna " ☺
Subscribe to:
Posts (Atom)