Wednesday, 26 August 2015
Membuka aib orang lain.
Assalamualaikum dan selamat malam semua. kita berjumpa lagi. hihi. Okay hari ini hakak nak bercerita tentang seorang sahabat mengundang rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berserta jemaah untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. ketika mereka sedang menikmati juadah, ada tercium aroma yang tidak enak sekali. rupenya ada diantara jemaah yang hadir telah membuang angin. para sahabat saling menoleh antara satu sama lain, ingin mencari siapakah gerangan yang telah membuang angin itu. Wajah Rasulullah sedikit berubah tanda tidak senang dengan bauan tersebut. maka Tatkala waktu solat maghrib hampir tiba, sebelum bubar dari duduk mereka, rasulullah berkata "barangsiapa yang makan daging unta hendaklah mengambil wudhuk semula." mendengar perintah Rasulullah tersebut, maka semua jemaah mengambil wudhuk semula. Dan terhindarlah dari orang yang buang angin tersebut.. Maka disini, hakak ingin berpesan supaya, jagalah aib kawanmu sediri, saudara seislammu sendiri. Jagalah sebaik mungkin. jika kamu menunding satu jari daripadanya aib seseorang, maka Allah akan menunding empat jari diantara yang lain kepada dirimu sendiri.. maka berhati-hatilah jika menjaga rahsia seseorang. Jika terlepas berkata, kamu hendaklah meminta ampun kepada orang tersebut dan meminta ampun juga kepada Allah. Nabi SAW bersabda "sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim, maka Allah akan menutupi kesalahannya didunia dan juga di akhirat kelak." Wahai sahabat-sahabat yang hakak sayangi. tolong tolong tolong. Jika kamu tersilap langkah cepat-cepat beristigfar kepada Allah dan meminta ampun atas kesalahanmu. setiap muslim pasti akan melakukan kesalahannya sendiri. daan saya juga semestinya banyak melakukan kesalahan kepada semua orang. Allahu. Hanya kepadaMu aku berharapa, dan hanya kepadaMu aku bergantung. segala yang baik datangnya dari Allah. yang buruk datangnya dari saya sendiri. Semoga sahabat-sahabat semua sihat dan bergembira disamping keluarga. Wallahu A'lam. Tata.. asslamaualaikum. ^_^
Saturday, 22 August 2015
Muhammad bismi bin muhd amir najib.
Assalamualaikum dan selamat malam semua.Hari ini hakak nak cerita serba sedikit tentang kawan hakak ni. hehe. gementar pulak nak menaipnya. Bismillahirrahmanirrahim. hakak ada kawan yang bernama muhammad bismi,umurnya tua dua tahun dari hakak.. namanya agak pelik bunyinya, tetapi disebalik namanya ada pelbagai kelebihan yang ada pada dirinya. Hakak sangat bangga sebab dapat kawan dengan dia. every semester confrim dia akan naik pentas punya. Kata kawan-kawannya dia adalah seorang pelajar harapan kolejnya. mungkin. Bermulanya perkenalan kami di kolejnya. Time tu birthday hakak. kononya nak minta kek. haha. Tapi hakak kesian hakak bagikan jelah. dari situ hakak tak dapat cam lagi mukanya, sehinggakan dia dapat number Hakak. entah dari mana dia dapat pun tak tahu lah. wallahu. start dari situ hakak rapat. hakak sebenarnya tak suke chat lelaki yang hakak tak kenal. rasa macam nak cari gaduh, sebab tak kenal. Kah! tetapi dengan dia macam mana boleh terasa nak chat pulak. maybe sebab dia pandai ambik hati agaknya. thats why hakak selesa dengan dia. Dia sebenarnya suka memasak. kekadang dia share resepi dengan hakak. seronok juga lah share resepi ni. Bismi rajin tolong mak ayah dia kat rumah. Hakak jadi bangga pula dapat kawan macam dia. boleh gila-gila, satu kepala. hurmmm.. Ada suatu hari tu, Hari isnin bersamaan 16.02.2015. Hakak happy je datang kolej dia. Dengan nak bawak hadiah untuk dia sebab hari khamis sebelum tu kiteorang punya anyversary friendship for one year. hakak datang tengok kolej dia sunyi sangat. macam ada bad happen. but endahkan je. kononnya hari itu nak buat surprise, tapi diri hakak yang surprise sendiri. Kawan-kawan perempuan dia kejar akak dari lab, Terpanggil-panggil nama hakak. salah seorang tanya hakak, "ni kawan bismi ke?" hakak jawab "ya, kenapa ? kenapa dengan bismi ?" kawan dia jawab, "Bismi dah takda" hakak pun think positif time tu. untuk sedapkan hati. hakak jawab "dah tak ada ? dia pergi mana ? dah pindah kolej ke ? tapi dia tak bagitahu apa-apa pun dekat saya" hakak tarik nafas dalam-dalam. kawan dia jawab " Bismi dah tak ada, Adibah! bismi dah meninggal dibah!" seluruh jiwa raga hakak macam direntap. hakak nak pengsan time tu. tapi hakak gagahkan juga untuk berdiri. Hakak nangis sepuas-puasnya disitu juga sambil peluk kawan arwah. Nak tahu kenapa dengan arwah ? dia accident teruk, semasa nak pergi ke kolejnya., arwah penunggang dan bersama kawan baiknya. kawan baiknya hanya patah kaki dan tengkuk terkehel maybe. tak tahu sangat dengan kawanya. kata kawan perempuan arwah, bismi akan dibawa jenazahnya ke kolej dahulu sebelum dibawa ke kampung halamannya di pontian johor. Dan hakak sempat tatap wajahnya buat kali yang terakhir dengan bantuan lecturenya. Hakak dah tak kuat time tu. nangis je. tapi yang hakak pelik, kenapa dihadapan arwah hakak dah tak menangis seteruk pada permulaannya. mungkin arwah dahulu pernah berkata kepada hakak, jika dia pergi dulu, please tengok muka dia buat kali yang terakhir dan jangan menangis. dia selalu gurau dan menyatakan bahawa hakak seorang yang gembeng, kuat nangis. hurmm itu semua kenangan hakak. seminggu hakak tak keluar bilik dan demam. setiap malam hakak nangis kerana menanggung rindu. dan sebenarnya jika dia masih ada lagi, kami dan setahun setengah berkawan. Allahu. bahawasanya hakak rindu dengan senyuman dia, lawak jenakanya. hakak doakan semoga arwah ditempatkan dikalagan orang yang beriman. hakak akan sentiasa doakan arwah disana. banyak sangat kenangan hakak dengan dia. even benda buruk pun hakak tetap ingat dalam hati. haiiish daah mengalir sudah air mata hakak nii. insha Allah kami berkawan hingga jannah. amin. dah 6 bulan arwah pergi meninggalkan kita semua. AL-FATIHAH. dARI Allah kita datang, dari Allah kita kembali. Jaga diri baik-baik wahai sahabat. fi hifzillah. Assalamualaikum.
Apa yang ada dengan ciptaan Allah?
Assalamualaikum dan salam uhkwah, salam muafakat johor, dan selamat sejahtera semua. selamat pagi.. ^-^ Hari ini hakak nak bercerita tentang apa yang ada dengan cinptaan Allah. mari-mari, tarik nafas, hembus perlahan-lahan. nikmat bukan ? Alhamdulillah kita masih hidup lagi di bumi Allah ini. Kepada yang baru sahaja kehilangan orang yang tersayang, hakak ucapkan takziah dan semoga dicucuri dan dirahmati Allah hendaknya. Al-fatihah.
Ciptaan Allah amat luas sekali. contoh paling dekat dengan kita ialah udara. Tanpa udara macam mana kita nak hidup? mengapa adakan tumbuhan hijau? tumbuhan hijau itu memberikan kita udara yang fresh yang bersih. cahaya matahari juga adalah makanan kita. ia adalah suatu fotosintesis. tanpa tumbuhan, udara, air, makanan dan matahari kita mungkin tak boleh hidup. kita macam haiwan juga. tumbuhan jga memerlukan cahaya matahari, air, udara untuk hidup.
okay, hakak sebenarnya lebih suka kepada pantai. pantai membuatkan kita rasa tenang kan? mengapa? pantai menghasilkan bauan yang baik untuk kita. even pantai tu masin ke manis ke pahit ke. haha. tetap kita suke berkelah dia pantai. ada ke orang berkelah di tepi longkang ? angkat tangan sikit.. hakak nak tengok. mungkin 1 dalam 1000 agaknya yang berkelah di tepi longkang. Pantai pun membuatkan jiwa,hati, akal kita tenang. itu semua ciptaan Allah.
Allah nak tengok kita macam mana mentafsir ciptaan Allah ni. lihatlah sebesar-besar alam ini. Allah maha besar. ciptaanNya meluas. banyak lagi contoh yang Allah bgi dekat kita yang Allah itu maha pencipta. Ni hakak share serba sedikit sahaja contohnya. Jangan malu jangan segan comment kalau apa yang hakak type ni salah. boleh runding dengan hakak. hihi. Hakak ni sporting sebenarnya. tak ada lah straight sangat.. okay lah. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datangdari saya sendiri. salam uhkwah fillah. assalamualaikum.
Friday, 21 August 2015
ikatan Silaturrahim.
Assalamualaikum saudari/saudara sekalian. okay hari ni hakak nak cerita tentang ikatan silaturrahim. Apa silaturrahim ? silaturrahim bukan sekadar berkenal-kenalan, bersalam salaman. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua. silaturrahim dari segi mental dan ketulusan hati ialah 'silah' 'wasal' yang bererti menyambungkan atau menghimpun dan 'rahim' bermaksud kasih sayang.silaturrahim adalah jalan menhubungkan kembali hubungan yang telah terputus kian lama. selain itu janganlah kamu memutuskan ikatan silaturrahim ini. kerana ia adalah haram. dan dosa besar disisi Allah. wallahu.kebanyak orang zaman sekarang, apabila gaduh sahaja putus kawan, putus member, putus friendship, sesiapa yang memutuskannya akan dapat balasan dineraka nanti. janganlah kamu berbuat begitu wahai sahabat. cuba cari jalan penyelesaiannya. semua dugaan mesti ade hikmahnya. berdoa kepada Allah. Allah bagikan awak dugaan dalam silaturrahim ada sebab. buka kerana Allah nak tengok umatnya berpecah belah.. ingatlah yang baik dari Allah yang buruk dari saya sendiri. wallahu. asslamualaikum.
Menangis kerana takutkan Allah.
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
Bersederhanalah dalam kehidupan
lebih baik berkedudukan rendah
andai
kedudukan yg tinggi menyebabkan kita
sering merendahkan orang lain...
lebih baik berwajah kurang cantik
andai
cantiknya wajah kita membuat kita ingin
selalu mempamerkannya dan mengharap banyak pemuja...
aurat di terbuka untuk sembarangan lelaki..
lebih baik tidak berharta,
andai
harta yang kita punya membuat kita
cinta dunia dan lupa membantu sesama manusia...
lebih baik lagi mensyukuri semua nikmat yang telah Allah beri..
tetap rendah hati, sentiasa bersyukur,
apapun dan bagaimanapun,
percayalah..
Allah Maha Adil
Thursday, 20 August 2015
Rokok elektronik atau rokok biasa adalah haram!
Assalamualaikum.. Wahai umat islam. bahawa apabila kita makan makanan yang haram walaupun sedikit. 40 hari amalan kita tidak terima. jika setitik arak juga begitu, apatah lagi rokok yang hari-harinya dihisap. macam manakah amalannya ? wallahu. hanya kamu dan Allah sajaha tahu amalanmu itu. mengapakah zaman sekarang semakin canggih ? kerana pengaruh orang barat sangat kuat. orang barat mahu kita lalai wahai sahabat-sahabat sekali. Tolonglah.. tolong selamatkan diri sendiri dari penyakit. simpan nyawa itu sebaik-baiknya. banyak fatwa mengatakan yang rokok itu haram. rokok walau macam mana pun tetap haram.
Antara fatwa yang mengatakan rokok itu haram adalah..Ulama Syafi’iyah seperti Ibnu ‘Alaan dalam kitab Syarh Riyadhis Sholihin dan Al Adzkar serta buku beliau lainnya menjelaskan akan haramnya rokok. Begitu pula ulama Syafi’iyah yang mengharamkan adalah Asy Syaikh ‘Abdur Rahim Al Ghozi, Ibrahim bin Jam’an serta ulama Syafi’iyah lainnya mengharamkan rokok.. dan juga Ulama madzhab lainnya dari Malikiyah, Hanafiyah dan Hambali pun mengharamkannya. Artinya para ulama madzhab menyatakan rokok itu haram. Silakan lihat bahasan dalam kitab ‘Hukmu Ad Diin fil Lihyah wa Tadkhin’ (Hukum Islam dalam masalah jenggot dan rokok) yang disusun oleh Syaikh ‘Ali Hasan ‘Ali ‘Abdul Hamid Al Halabi hafizhohullah terbitan Al Maktabah Al Islamiyah hal. 42-44...
Diantara alasan haramnya rokok seperti berikut :
“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan“. (QS. Al Baqarah: 195).
Karana merokok dapat menjerumuskan dalam kebinasaan, yaitu merusak seluruh sistem tubuh (menimbulkan penyakit kanker, penyakit pernafasan, penyakit jantung, penyakit pencernaan, berefek buruk bagi janin, dan merusak sistem reproduksi), dari alasan ini sangat jelas rokok terlarang atau haram.
Wahai saudara-saudara seislamku. janganlah kamu terjerumus dalam dalam sesuatu perkara yang buruk kepadamu.. wallahu. fi hifzillah.
Antara fatwa yang mengatakan rokok itu haram adalah..Ulama Syafi’iyah seperti Ibnu ‘Alaan dalam kitab Syarh Riyadhis Sholihin dan Al Adzkar serta buku beliau lainnya menjelaskan akan haramnya rokok. Begitu pula ulama Syafi’iyah yang mengharamkan adalah Asy Syaikh ‘Abdur Rahim Al Ghozi, Ibrahim bin Jam’an serta ulama Syafi’iyah lainnya mengharamkan rokok.. dan juga Ulama madzhab lainnya dari Malikiyah, Hanafiyah dan Hambali pun mengharamkannya. Artinya para ulama madzhab menyatakan rokok itu haram. Silakan lihat bahasan dalam kitab ‘Hukmu Ad Diin fil Lihyah wa Tadkhin’ (Hukum Islam dalam masalah jenggot dan rokok) yang disusun oleh Syaikh ‘Ali Hasan ‘Ali ‘Abdul Hamid Al Halabi hafizhohullah terbitan Al Maktabah Al Islamiyah hal. 42-44...
Diantara alasan haramnya rokok seperti berikut :
“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan“. (QS. Al Baqarah: 195).
Karana merokok dapat menjerumuskan dalam kebinasaan, yaitu merusak seluruh sistem tubuh (menimbulkan penyakit kanker, penyakit pernafasan, penyakit jantung, penyakit pencernaan, berefek buruk bagi janin, dan merusak sistem reproduksi), dari alasan ini sangat jelas rokok terlarang atau haram.
Wahai saudara-saudara seislamku. janganlah kamu terjerumus dalam dalam sesuatu perkara yang buruk kepadamu.. wallahu. fi hifzillah.
sabar
Apa itu sabar ? sabar adalah sesuatu perkara yang perlu kita menahan dari sesuatu perbuatan. dan kita haruslah menahan diri dari kesusahan dan menyikapi sesuatu syariah dan akal, menjaga lisan dari celaan, dan menahan anggota badan dari berbuat dosa. itulah sabar yang harus ditanamkan dalam diri sendiri.. Allah bagi kita ujian untuk kita terus bersabar dan bersujud padanya. Jangan sesekali jatuh kerana dugaanNya yang sekecil itu. setiap dugaan yang Allah bagi dekat kita itulah tanda Allah sayang akan kita semua. ingatlah pesan saya ini, walau dimana pun anda berada, ingatlah bahwasanya kita ini hanya pinjaman dari Allah.
Segala apa musibah yang datang ingatlah semuanya ketentuan Allah. kita hanya merancang. Allah yang menentukan segalaNya. Baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya sendiri. wallahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)