Thursday, 8 October 2015

Aku Dan Dia ( Bab 1.2)

Aku mula menjejakkan kaki untuk masuk ke perpustakaan. Sepertinya aku belajar sendiriran hari ini. Kawan-kawanku semakin sebuk dengan keduniaan. suasana di dalam perpustakaan begitu sunyi sekali. Aku masuk perlahan-lahan. Kemudian aku mula menarik kerusi di meja kedua berhadapan dengan senior pelajar perempuan. Agak takut jugalah aku ingin duduk. Tiada tempat lain yang kosong selain disini. Dan tidak mungkin jugalah aku ingin duduk semeja dengan pelajar lelaki. Selepas aku mula melabuhkan punggungku beberapa saat, Aku mula membuka bukuku satu demi satu. Aku mula khusyuk membaca buku pelajaran aku, dengan tiba-tiba seorang senior perempuan menegurku. "awak ini zahirah yea? budak junior law?" Aku mengangkat muka dengan perlahan sambil mengerutkan dahi tanda hairan. Lalu aku menjawab. "yea saya. kenapa ?" senior itu terus mengenalkan dirinya sebagai amirah. aku hanya mampu menganggukan kepala sahaja. Selang beberapa saat, kesunyian menjelma kembali. Beberapa jam kemudian, aku mula menutup bukuku. Masa berjalan begitu pantas. perpustakaan tersebut semakin lengang kerana waktu tidak mengizinkan mereka berlama disitu. Semasa aku ingin berjalan menuju ke hostel aku, dengan tidak sengaja pelajar perempuan dari arah bertentangan merempuh bahuku sehingga bukuku dan kertas jatuh berselerak di atas tanah. Aku dengan pastas memungut buku dan kertas berselerakkan di atas tanah. pelajar perempuan itu meminta maaf, dan aku mula memandang mukanya. aku sempat beristighfar dalam hati. bahawa pelajar perempuan yang melanggar aku tadi adalah kawanku ketika sekolah menengah dahulu. kami mula berpelukkan. "iera! awak Zahirah kan ? budak sotong dalam kelas dulu? betul kan?" dia bertanya dengan nada teruja. aku menjawab. "yea, kita lahh.ni pika kan ? ishh dah lama tak jumpa apa khabar sihat? sekarang ambik cost apa? macam mana study, ok?" "almost okay lah. ambik cost sains pertanian. takdelah pandai macam awk. hihi.. eh ok lah, kita nak cepat ni. nak jumpa orang. " sambil mengambil sehelai kertas di dalam beg sandangnya. "haa ni nombor telefon kita. kalau pape nanti call lah number ni. boleh contact,." aku pula menjawab. "oh. okay no problem. insha Allah jumpa kalau ada masa jumpa lagi yea. hihi. bye. hati-hati" "bye. tata iera. assalamualaikum" 'waalaikumsalam' jawabku didalam hati. syafiqa semakin kejauhan sambil melambaikan tangannya. aku pula meneruskan langkahku unTuk balik ke bilik kediamanku. Pada keesokan harinya Aku memulakan rutin harianku seperti selalu. suasana di dewan terasa berlainan seperti biasa. Mungkin firasat hati aku sahaja. Mungkin mereka kebanyyakannya runsing tentang tesis yang bakal mereka menerimanya nanti. Final exam untuk sem 5 dah nak dekat. Aku juga turut risau tentang itu juga. Pensyarah mula bersuara di hadapan dewan kuliah. Aku mula menumpukan perhatianku kepadanya. Dengan tidak semena namaku diseru. " amnirah zahirah, apa yang kamu tahu tentang undang-undang bertulis dengan tidak bertulis ? sila jelaskan." Aku melangkah keluar dari kerusiku untuk pergi ke bahagian depan dewan. Tanganku seperti sejuk kebekuan, dan Aku berasa berdebar pabila ingin menerangkannya. "TErima kasih prof. Adat bertulis itu, ianya adalah tidak bermaksud bahwa undang-undang itu tidak bertulis sebenarnya, ia bermaksud undang-undang ini bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan Persekutuan, Perundangan Negeri Dan Perundangan subsisiari.. Manakala Undang-undang tidak bertulis itu adalah merupakan sumber utama Undang-Undang di Malaysia. Ia merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh baadan legistatif. undang-undang bertulis ini dikenali sebagai sumber bertulis kerana ia secara spesifik dinyatakan , ditulis dan distatutorikan. Itu sahaja yang boleh saya terangkan prof " Aku mula menundukkan kepala. semua mata tertunpu kepada aku. Aku mula gelisah jika jawapanku itu tidak tepat. "okay zahirah, jawapan awak saya boleh terima. Lain kali dalam kelas jangan berangan. Saya nampak kamu tidak menumpukan sepenuhnya tadi. Silakan duduk." "terima kasih prof" rakan-rakanku mula menepukkan tangan kepadaku. sama ada memperliku atau sebaliknya. Aku mula duduk dikerusi yang aku duduk pada mulanya..... *bersambung*

Tuesday, 6 October 2015

Aku Dan Dia ( Bab 1 )

Aku berjalan sambil menghirup udara segar di pagi yang hening ini. Nampaknya cuaca hari ini mendung sedikit dari hari-hari sebelumnya. sudah 2 minggu hujan tidak membasahi bumi ini. Nampak gayanya hari ini dikirakan hujan akan turun. bersyukur kami. takungan air juga semakin menurun jika hujan tidak turun lagi. Selepas penat lelah bersenam di pagi hari aku berehat di pankin di hadapan halaman rumahku. Dengan tidak sengaja aku terpandang suatu ukiran di sisi tempat dudukku. mulutku berkumat kamit membaca tulisan tersebut. '08.06.1999?' Bahawasanya sudah 23 tahun aku hidup dikampung ini. 08 jun 1999. sudah 16 tahun pankin ini terbina. Banyak kenangan aku disini. Ayahku sudah uzur, begitu ibuku. jiran sebelah rumahku sudah lama meninggalkan kami disini. 'Apa khabar agaknya kelaurga azli. hurmmm rindu sungguh dengan kenakalan dia. aku mencarit sesuatu di pkok berdekatan denganku. beberapa minit kemudian. "okay dah siap" aku mengosok-gosok pokok itu sedikit.'azli-iera. 2015' akan aku ingat kau sehingga akhir nafasku. bisik hatiku. lalu tersenyum bersendiriran. selang beberapa minit umairah datang bertandang kerumahku. umairah adalah kawan sepermainan aku semasa kecil hinggala sekarang. hubungan kami juga sangat akrab. tapi tidak bersefahaman. "raa kau bila nak balik kolej? next week ke ? aku menjawab. "insha Allah. next week aku balik. aku kat sini sekejap je. stdy week. seminggu je lah dapat cuti. kau bila balik ? taknak saing balik ke ?" umairah menjawab "aku balik lepas kau balik. kau balik 13 hari bulan kan ? aku balik sana 18 hari bulan. Hari jumaat. lambat sikit" Aku menjawab. "haah, 13 aku balik. hari ahad. Nanti kau dah sampai sana roger-roger aku taw. jaga diri kau kat sana nanti. aku bukan boleh tengok-tengokkan kau slalu. jarang jumpa. walau satu negeri. hurmm." umairah gelak mendengar kata-kataku. lalu ia menjawab. "kau tengok-tengokkan aku ? eh setahu akulah kan. aku yang tengok-tengok kan kau setiap hari. Hahaha. kelakar lah." ketawa bangga. aku mula membuat muka sedih dihadapannya. "iera. haha. yealah kau tengok-tengok aku dulu.. dah! puas ?" aku menjawab. "tak ikhlas lah kau ni. sampai hati kan buat aku macam ni.. hurmm.." aku bersuara dengan nada merajuk. umairah bersuara "ish dah lah. kau ni merajuk pula. sambil memeluk bahuku. nanti ada masa kita jumpa yea. aku sayang kau sahabat." "aku pun sayang kau juga. dunia akhirat. insha Allah. ukhwah fillah." kami bersama-sama tersenyum sambil memandang sunyinya jalan di kampung ini. Jika kau lupa aku, kenangan kita, jasa aku, pengorbanan aku selama ini, aku nak kau tahu. aku akan sentiasa sematkan nama kau dalam hati aku. itu janji aku wahai umi umairah ali. bisik hatiku........ Selang beberapa hari, inilah saatnya untukku pergi buat sementara meninggalkan kampung halamanku. Sungguh ku akan merinduinya. Aku dahulukan salam kepada ibu ayahku. kemudian disusuli oleh rakan seperjuanganku. Bermacam-macam nasihat telah kuterima dari mereka. air mataku menitik membasahi pipi. ibu memelukku dengan kuat sekali. Lalu ibu melepaskan ku. ibu berpesan 'Nanti dah berjaya jangan lupa orang kampung. yang penting jangan lupa ibu ayah yang membesarkan kamu. ibu sayang adik. belajar sungguh-sungguh ya.' aku menyalami ibu buat kali kedua. Aku mula menaiki kereta yang dibawa oleh pakcikku... Bersambung..

Aku Dan Dia -(PROLOG)

"Adik! Bangun, dah pagi ni. Nanti lambat ke sekolah." tempelak ibu kepada aku. "yea ibu, dah bangun ni" aku bangun dengan malas. lalu terus masuk ke dalam bilik air. "Adik, adik buat apa dalam bilik air tu lama-lama? kau tahu tak sekarang ni sudah pukul berapa ? mandi cepat!" suara ayah mematikan lamunanku. Aku terus mandi dan bersiap. "okaylah iera dah lambat," sambil memakai kasut. "iera pergi dulu ibu, ayah. Assalamualaikum" "eh! nanti dulu. bekal kamu ni... Bertuah punya anak." aku tidak memperdulikan suara ibu memanggilku. aku terus mengayuh basikalku sehingga ke sekolah. Lagi beberapa minit sahaja lonceng sekolah akan berbunyi. tepat pada masanya aku sampai ke sekolah.. "iera, kenapa lambat datang ke sekolah hari ini ? kau fikir cuti lagi ya ?" izzati menepuk bahuku. "Aku bangun lambat sikit hari ini. itu pun nasib ibu aku kejutkan. kalau tak kejut memang tak terbangun lahh cek na." Fatin menyampuk dari belakang. "haa malam tadi awak tidur pukul berapa sampai lambat hari ini bangun ?" aku menjawab. "Pukul 1 lebih. tak boleh tidur sangat malam tadi. tak tahu kenapa susah sangat nak tidur. eh dah jom masuk kelas. nanti kita bertiga pula kena denda sebab masuk kelas lambat. jom jom." kami bertiga berjalan menuju ke kelas.. setengah hari masa berlalu di sekolah. "assalamualaikum, ibu iera dah balik. Ibu. ohh ibu. mana ibu ni ? mesti kat belakang rumah. takkan tak masuk lagi dah tengah hari ini." bebel aku sambil kakiku berjalan menuju ke pintu belakang.. "humm dah agak. Baik aku jenguk kuali dulu. kihkihkih. perutku sudah berkeroncong." aku membuka periuk dan kuali satu per satu. "hari ini ibu masak sedap. tunggu ibu lah. nnti boleh makan sekali.. Aku pusing kebelakang dengan tiba-tiba. "aaHHh!" "ishhh kau ni kan. pandai nak masuk rumah aku bagi salam ? Dari mana kau masuk rumah aku ni ? lubang tikus ke apa ?" membidas aku. "ish kau ni merepek lah. aku ikut pintu depan. tuu kau reti nak tutup pintu ? kalau bukan aku yang masuk, pencuri yang masuk macam mana ? aku sepak juga kau ni tau." bebel azli kepadaku. *azli adalah kawanku sejak aku berumur 5 tahun lagi. Dia dikatakan sangat rapat dengan family aku. ibu bapanya pun senang dengan keluarga aku disini. Aku senang berkawan dengannya.* aku berbicara di dalam hati. "raa kau dah makan ? aku lapar lah. ibu masak apa ? sedap tak hari ini ?" kata azli. aku menjawab "eh? kau tak makan lagi ke kat rumah kau ? aku belum makan lagi tunggu ibu masuk. nak ajak makan sekali. Dah kau pergi balik. makan dengan mak sana. kesian tau mak makan sorang-sorang. dah pergi." aku menolak badannya sehingga keluar dari rumahku. "petang nanti aku datang lagi yea. Nak belajar dengan kau." "haa ya. baik tuan. saya menurut perintah tuan" sambil tanganku menabik di dahi. Bersambung...

Sunday, 4 October 2015

Dugaanku datang kembali.

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah. Lepas satu-satu dugaan yang telah kau berikan kepadaku. Tiada siapa pun akan faham keadaanku ketika ini. Tiada siapa pun akan faham perasaanku ketika ini. Sudah 3 hari ku menangis membasahi pipiku sebelum lenanya tidurku. Bermacam-macam perlian sudah kuterima dikalangan masyarakat sekelilingku. Wahai diriku yang kerdil ini. Ku mahu kau tahu bahawa dirimu ini adalah semangatku untuk ku bangkit menghadap ilahi. Dan kumahu kau tahu, kau mesti kuat untuk menjalani hidup sedia kala. Jangan kamu lemah kerana manusia. Jangan kamu jatuh kerana manusia. Manusia begini adalah semngatmu untuk berjuang! Allahumma yassir wala tu'assir. Allah ada bersamamu. Insha Allah.. Wahai sahbat-sahabatku yang saya sayangi.. Ku mohon pada kamu semua. Mendoakan sahabat saya ibni umar attar bin ibni shah sihat seperti sedia kala. Alfatihah. Terima kasih wahai sahabatku. Insha Allah, Allah akan membalas kembali jasamu. Wallahu.