Friday, 4 March 2016

Ayah lelaki Teristimewa

Assalamualaikum. Dah lama tak on blog. busy dengan assignment yang banyak. Hari ini kita cerita tentang ayah. dan semestinya anda mempunyai ayah. Saya juga begitu. Aku ? sebagai seorang anak mampu mendoakannya disana. Abah. panggilan yang aku berikan kepadanya. Aku seorang dalam keluarga memanggil abah atau bak, adik beradik yang lain memanggil bak. Abah sewaktu aku lahir kedunia, tanganmu menyambut lembut wajahku dan mengazankan ditelinga kananku. Abah ketika aku dibangku sekolah rendah, kau telah menghantarku dihadapan sekolah, sanggup kamu berjalan kaki demi keselamatan anakmu. Segala keperluanku telah kau berikan sepenuhnya untuk aku selesa belajar. segala kemahuanku pasti kau turutkan. Abah setelah ku dibangku sekolah menengah, kau hanya menemani aku dihadapan pintu rumah dan di sambung tugasmu oleh ibu. Ibu menghantarku sehingga aku menaiki bas. abah, setelah aku meningkat dewasa, kamu juga turut semakin tua dan tidak berdaya. sewaktu aku tingkatan 2 abah sudah tidak berdaya membawa kenderaan yang bernama kereta dan motor. katamu dahulu "kakiku tidak kuat untuk menekan minyak". Abah, setelah aku tingkatan 4, masihkah kau ingat akan peristiwa dugaan yang berlarutan ? bermacam-macam kamu menerimanya, dan kamu redha dengan dugaan tersebut. Akhir tingkatan 4, abah telah jatuh dibilik air dan tak berdaya untuk berkata-kata dan untuk bangkit sendiri. kami takut abah, kami risau, kami terus membawa abah ke hospital yang berhampiran. rupenya bukan sekejap abah di hospital. kira-kira 2 minggu abah di hospital. kemudian abah balik ke rumah. seminggu abah dirumah dan ibu menjaga abah dengan sebaik mungkin. kami adik beradik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah. selang seminggu tidak diduga abah dibawa ke hospital kerana ade simtom lain yang membuatkan kami risau. bukan sehari dua abah dihospital, seminggu di hospital kota tinggi, dan 12 hari dihospital besar johor. abah menjalani operation kecil selepas menjalani operation keadaan abah tersangat lemah jantungnya. 50-50. 3 hingga 4 hari keadaan abah semakin stabil dan diletakkan bilik pesakit yang stabil. selang sehari, aku tidak dapat melawat abah aku menelefon ibu di hospital menanyakan abah dihospital. kata ibu abah baik sahaja. aku menjadi tenang. selang beberapa jam, adik beradik masing-masing pergi melawat abah. aku fikir hanya melawat biasa. rupenya melawat luar biasa. pukul 9.40 malam kakakku mengejutku dari tidur dan menyatakan abah sudah tiada. Allah. aku termenung seketika. terejut. terus bangun basuh muka buka whatsapp ade mesej dari abangku dihospital. rupenya sewaktu aku menelefon ibu dihospital, bermacam-macam wayar menjalar ditubuh abahku. aku tidak mengetahui itu. ibu tak nak aku risau mungkin. dan esok nya jenazah dibawa balik kerumah. itulah kali terakhir aku dapat menatap wajahnya. mencium wajahnya. Allah, hanya dia sahaja yang tahu bertapa sucinya muka abah ketika itu, tersangat putih seperti abah dalam keadaan tidur sambil tersenyum. Abah. Adibah akan menjadi anak yang solehah buat abah. Diba akan buat ibu dan adik beradik bangga dengan kejayaan adibah. Abah, adibah sangat merindui abah. Adibah akan menjaga ibu sebaik mungkin. Adibah sayang abah. wahai sahabat sekalian. jagalah ibu bapamu, hargailah ibu bapamu semasa mereka masih dimuka bumi. Allah. Alfatihah. :) aku akan redha segalanya. insha Allah.

Thursday, 3 December 2015

Bila Kita Akan Mati?

Bismillahirahmanirrahim. Maha suci Allah. Assalamualaikum dan salam ukhwah. Hurmm. Harini nak cerita apa? Hurmm. Sejak kebelakangan ini sering kita dengar tentang kematian kan? Begitu juga kita nanti akan merasakkan sakatul maut. Pernah terfikir bila tibanya waktu kita ? Esok ka? Lusa ka? Setahun lagi ka? Tapi sudah cukupkah amalan kita? Tepuk dada tanya iman. Jangan solat kejap timbul kejap takdak. Solat yang paling manusia selalu tinggal adalah solat subuh. Betul? Subuhlah kita dah sedap tidur tiba-tiba bunyi azan. Ada kita terus bangun? Terus mandi then solat? Pi masjid? Ada tapi sesetengah. Dan ada segelintir manusia yang bila bunyi azan pastinya tutup telinga dengan bantal pada waktu subuh.subahanallah. Hati telah gelapka? Telah hitamka? Ya Allah. Kalau rumah dia sebelah masjid? Hurmm yang bagus tu terus bangun laa pi masjid sebelum masuk waktu subuh. Ada lagi duduk rumah sebelah masjid masih berselubung. Tahu tak sebenarnya ayah saya lah cakap. Jika dia dah dengar azan berkumandang tapi masih peluk bantal berselimut. Selimut dia itu adalah... Adalah apa ? Adalah kulit binatang khinzir. Wallahu min zalik'. Elakkanlah wahai sahabat yang saya kasihi. Ubah perangai jadi yang lebih baik dimata Allah. Biarkan manusia nak kata kita apa. Janji Allah tahu niat kita. Keikhlasan kita menunaikan kewajipan. Kita ni hidup tak lama. Hidup dah akhir zaman. Akhir zaman sahabat. Tolong tolong tolong. Berusaha jadi yang terbaik dimata Allah. Allah tak minta lebih pun kat kita. Minta solat 5 waktu, baca Al-quran, bersedekah. Mana yang minta pahala lebih solat sunat. Solat tahajud. Subahanallah. Allahuakhbar. Bertajdid kepada Allah. Niat jangan terpesong dari agama. Memperbanyakkan amalan kita. Bila-bila masa kita boleh pergi menghadap ilahi. Semoga amalan kita dan perbuatan kita diredhai dan dirahmati oleh Allah.Ingat, kita hidup di dunia untuk besarkan Allah, bukan besarkan diri. Jangan takabbur, rendah diri. Allah cinta akan hamba-Nya yang tawadhu'. Wallahu a'lam. Segala salah silap mohon ditegur ya. Syukron.. Assalamualaikum..

Thursday, 8 October 2015

Aku Dan Dia ( Bab 1.2)

Aku mula menjejakkan kaki untuk masuk ke perpustakaan. Sepertinya aku belajar sendiriran hari ini. Kawan-kawanku semakin sebuk dengan keduniaan. suasana di dalam perpustakaan begitu sunyi sekali. Aku masuk perlahan-lahan. Kemudian aku mula menarik kerusi di meja kedua berhadapan dengan senior pelajar perempuan. Agak takut jugalah aku ingin duduk. Tiada tempat lain yang kosong selain disini. Dan tidak mungkin jugalah aku ingin duduk semeja dengan pelajar lelaki. Selepas aku mula melabuhkan punggungku beberapa saat, Aku mula membuka bukuku satu demi satu. Aku mula khusyuk membaca buku pelajaran aku, dengan tiba-tiba seorang senior perempuan menegurku. "awak ini zahirah yea? budak junior law?" Aku mengangkat muka dengan perlahan sambil mengerutkan dahi tanda hairan. Lalu aku menjawab. "yea saya. kenapa ?" senior itu terus mengenalkan dirinya sebagai amirah. aku hanya mampu menganggukan kepala sahaja. Selang beberapa saat, kesunyian menjelma kembali. Beberapa jam kemudian, aku mula menutup bukuku. Masa berjalan begitu pantas. perpustakaan tersebut semakin lengang kerana waktu tidak mengizinkan mereka berlama disitu. Semasa aku ingin berjalan menuju ke hostel aku, dengan tidak sengaja pelajar perempuan dari arah bertentangan merempuh bahuku sehingga bukuku dan kertas jatuh berselerak di atas tanah. Aku dengan pastas memungut buku dan kertas berselerakkan di atas tanah. pelajar perempuan itu meminta maaf, dan aku mula memandang mukanya. aku sempat beristighfar dalam hati. bahawa pelajar perempuan yang melanggar aku tadi adalah kawanku ketika sekolah menengah dahulu. kami mula berpelukkan. "iera! awak Zahirah kan ? budak sotong dalam kelas dulu? betul kan?" dia bertanya dengan nada teruja. aku menjawab. "yea, kita lahh.ni pika kan ? ishh dah lama tak jumpa apa khabar sihat? sekarang ambik cost apa? macam mana study, ok?" "almost okay lah. ambik cost sains pertanian. takdelah pandai macam awk. hihi.. eh ok lah, kita nak cepat ni. nak jumpa orang. " sambil mengambil sehelai kertas di dalam beg sandangnya. "haa ni nombor telefon kita. kalau pape nanti call lah number ni. boleh contact,." aku pula menjawab. "oh. okay no problem. insha Allah jumpa kalau ada masa jumpa lagi yea. hihi. bye. hati-hati" "bye. tata iera. assalamualaikum" 'waalaikumsalam' jawabku didalam hati. syafiqa semakin kejauhan sambil melambaikan tangannya. aku pula meneruskan langkahku unTuk balik ke bilik kediamanku. Pada keesokan harinya Aku memulakan rutin harianku seperti selalu. suasana di dewan terasa berlainan seperti biasa. Mungkin firasat hati aku sahaja. Mungkin mereka kebanyyakannya runsing tentang tesis yang bakal mereka menerimanya nanti. Final exam untuk sem 5 dah nak dekat. Aku juga turut risau tentang itu juga. Pensyarah mula bersuara di hadapan dewan kuliah. Aku mula menumpukan perhatianku kepadanya. Dengan tidak semena namaku diseru. " amnirah zahirah, apa yang kamu tahu tentang undang-undang bertulis dengan tidak bertulis ? sila jelaskan." Aku melangkah keluar dari kerusiku untuk pergi ke bahagian depan dewan. Tanganku seperti sejuk kebekuan, dan Aku berasa berdebar pabila ingin menerangkannya. "TErima kasih prof. Adat bertulis itu, ianya adalah tidak bermaksud bahwa undang-undang itu tidak bertulis sebenarnya, ia bermaksud undang-undang ini bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan Persekutuan, Perundangan Negeri Dan Perundangan subsisiari.. Manakala Undang-undang tidak bertulis itu adalah merupakan sumber utama Undang-Undang di Malaysia. Ia merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh baadan legistatif. undang-undang bertulis ini dikenali sebagai sumber bertulis kerana ia secara spesifik dinyatakan , ditulis dan distatutorikan. Itu sahaja yang boleh saya terangkan prof " Aku mula menundukkan kepala. semua mata tertunpu kepada aku. Aku mula gelisah jika jawapanku itu tidak tepat. "okay zahirah, jawapan awak saya boleh terima. Lain kali dalam kelas jangan berangan. Saya nampak kamu tidak menumpukan sepenuhnya tadi. Silakan duduk." "terima kasih prof" rakan-rakanku mula menepukkan tangan kepadaku. sama ada memperliku atau sebaliknya. Aku mula duduk dikerusi yang aku duduk pada mulanya..... *bersambung*

Tuesday, 6 October 2015

Aku Dan Dia ( Bab 1 )

Aku berjalan sambil menghirup udara segar di pagi yang hening ini. Nampaknya cuaca hari ini mendung sedikit dari hari-hari sebelumnya. sudah 2 minggu hujan tidak membasahi bumi ini. Nampak gayanya hari ini dikirakan hujan akan turun. bersyukur kami. takungan air juga semakin menurun jika hujan tidak turun lagi. Selepas penat lelah bersenam di pagi hari aku berehat di pankin di hadapan halaman rumahku. Dengan tidak sengaja aku terpandang suatu ukiran di sisi tempat dudukku. mulutku berkumat kamit membaca tulisan tersebut. '08.06.1999?' Bahawasanya sudah 23 tahun aku hidup dikampung ini. 08 jun 1999. sudah 16 tahun pankin ini terbina. Banyak kenangan aku disini. Ayahku sudah uzur, begitu ibuku. jiran sebelah rumahku sudah lama meninggalkan kami disini. 'Apa khabar agaknya kelaurga azli. hurmmm rindu sungguh dengan kenakalan dia. aku mencarit sesuatu di pkok berdekatan denganku. beberapa minit kemudian. "okay dah siap" aku mengosok-gosok pokok itu sedikit.'azli-iera. 2015' akan aku ingat kau sehingga akhir nafasku. bisik hatiku. lalu tersenyum bersendiriran. selang beberapa minit umairah datang bertandang kerumahku. umairah adalah kawan sepermainan aku semasa kecil hinggala sekarang. hubungan kami juga sangat akrab. tapi tidak bersefahaman. "raa kau bila nak balik kolej? next week ke ? aku menjawab. "insha Allah. next week aku balik. aku kat sini sekejap je. stdy week. seminggu je lah dapat cuti. kau bila balik ? taknak saing balik ke ?" umairah menjawab "aku balik lepas kau balik. kau balik 13 hari bulan kan ? aku balik sana 18 hari bulan. Hari jumaat. lambat sikit" Aku menjawab. "haah, 13 aku balik. hari ahad. Nanti kau dah sampai sana roger-roger aku taw. jaga diri kau kat sana nanti. aku bukan boleh tengok-tengokkan kau slalu. jarang jumpa. walau satu negeri. hurmm." umairah gelak mendengar kata-kataku. lalu ia menjawab. "kau tengok-tengokkan aku ? eh setahu akulah kan. aku yang tengok-tengok kan kau setiap hari. Hahaha. kelakar lah." ketawa bangga. aku mula membuat muka sedih dihadapannya. "iera. haha. yealah kau tengok-tengok aku dulu.. dah! puas ?" aku menjawab. "tak ikhlas lah kau ni. sampai hati kan buat aku macam ni.. hurmm.." aku bersuara dengan nada merajuk. umairah bersuara "ish dah lah. kau ni merajuk pula. sambil memeluk bahuku. nanti ada masa kita jumpa yea. aku sayang kau sahabat." "aku pun sayang kau juga. dunia akhirat. insha Allah. ukhwah fillah." kami bersama-sama tersenyum sambil memandang sunyinya jalan di kampung ini. Jika kau lupa aku, kenangan kita, jasa aku, pengorbanan aku selama ini, aku nak kau tahu. aku akan sentiasa sematkan nama kau dalam hati aku. itu janji aku wahai umi umairah ali. bisik hatiku........ Selang beberapa hari, inilah saatnya untukku pergi buat sementara meninggalkan kampung halamanku. Sungguh ku akan merinduinya. Aku dahulukan salam kepada ibu ayahku. kemudian disusuli oleh rakan seperjuanganku. Bermacam-macam nasihat telah kuterima dari mereka. air mataku menitik membasahi pipi. ibu memelukku dengan kuat sekali. Lalu ibu melepaskan ku. ibu berpesan 'Nanti dah berjaya jangan lupa orang kampung. yang penting jangan lupa ibu ayah yang membesarkan kamu. ibu sayang adik. belajar sungguh-sungguh ya.' aku menyalami ibu buat kali kedua. Aku mula menaiki kereta yang dibawa oleh pakcikku... Bersambung..

Aku Dan Dia -(PROLOG)

"Adik! Bangun, dah pagi ni. Nanti lambat ke sekolah." tempelak ibu kepada aku. "yea ibu, dah bangun ni" aku bangun dengan malas. lalu terus masuk ke dalam bilik air. "Adik, adik buat apa dalam bilik air tu lama-lama? kau tahu tak sekarang ni sudah pukul berapa ? mandi cepat!" suara ayah mematikan lamunanku. Aku terus mandi dan bersiap. "okaylah iera dah lambat," sambil memakai kasut. "iera pergi dulu ibu, ayah. Assalamualaikum" "eh! nanti dulu. bekal kamu ni... Bertuah punya anak." aku tidak memperdulikan suara ibu memanggilku. aku terus mengayuh basikalku sehingga ke sekolah. Lagi beberapa minit sahaja lonceng sekolah akan berbunyi. tepat pada masanya aku sampai ke sekolah.. "iera, kenapa lambat datang ke sekolah hari ini ? kau fikir cuti lagi ya ?" izzati menepuk bahuku. "Aku bangun lambat sikit hari ini. itu pun nasib ibu aku kejutkan. kalau tak kejut memang tak terbangun lahh cek na." Fatin menyampuk dari belakang. "haa malam tadi awak tidur pukul berapa sampai lambat hari ini bangun ?" aku menjawab. "Pukul 1 lebih. tak boleh tidur sangat malam tadi. tak tahu kenapa susah sangat nak tidur. eh dah jom masuk kelas. nanti kita bertiga pula kena denda sebab masuk kelas lambat. jom jom." kami bertiga berjalan menuju ke kelas.. setengah hari masa berlalu di sekolah. "assalamualaikum, ibu iera dah balik. Ibu. ohh ibu. mana ibu ni ? mesti kat belakang rumah. takkan tak masuk lagi dah tengah hari ini." bebel aku sambil kakiku berjalan menuju ke pintu belakang.. "humm dah agak. Baik aku jenguk kuali dulu. kihkihkih. perutku sudah berkeroncong." aku membuka periuk dan kuali satu per satu. "hari ini ibu masak sedap. tunggu ibu lah. nnti boleh makan sekali.. Aku pusing kebelakang dengan tiba-tiba. "aaHHh!" "ishhh kau ni kan. pandai nak masuk rumah aku bagi salam ? Dari mana kau masuk rumah aku ni ? lubang tikus ke apa ?" membidas aku. "ish kau ni merepek lah. aku ikut pintu depan. tuu kau reti nak tutup pintu ? kalau bukan aku yang masuk, pencuri yang masuk macam mana ? aku sepak juga kau ni tau." bebel azli kepadaku. *azli adalah kawanku sejak aku berumur 5 tahun lagi. Dia dikatakan sangat rapat dengan family aku. ibu bapanya pun senang dengan keluarga aku disini. Aku senang berkawan dengannya.* aku berbicara di dalam hati. "raa kau dah makan ? aku lapar lah. ibu masak apa ? sedap tak hari ini ?" kata azli. aku menjawab "eh? kau tak makan lagi ke kat rumah kau ? aku belum makan lagi tunggu ibu masuk. nak ajak makan sekali. Dah kau pergi balik. makan dengan mak sana. kesian tau mak makan sorang-sorang. dah pergi." aku menolak badannya sehingga keluar dari rumahku. "petang nanti aku datang lagi yea. Nak belajar dengan kau." "haa ya. baik tuan. saya menurut perintah tuan" sambil tanganku menabik di dahi. Bersambung...

Sunday, 4 October 2015

Dugaanku datang kembali.

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah. Lepas satu-satu dugaan yang telah kau berikan kepadaku. Tiada siapa pun akan faham keadaanku ketika ini. Tiada siapa pun akan faham perasaanku ketika ini. Sudah 3 hari ku menangis membasahi pipiku sebelum lenanya tidurku. Bermacam-macam perlian sudah kuterima dikalangan masyarakat sekelilingku. Wahai diriku yang kerdil ini. Ku mahu kau tahu bahawa dirimu ini adalah semangatku untuk ku bangkit menghadap ilahi. Dan kumahu kau tahu, kau mesti kuat untuk menjalani hidup sedia kala. Jangan kamu lemah kerana manusia. Jangan kamu jatuh kerana manusia. Manusia begini adalah semngatmu untuk berjuang! Allahumma yassir wala tu'assir. Allah ada bersamamu. Insha Allah.. Wahai sahbat-sahabatku yang saya sayangi.. Ku mohon pada kamu semua. Mendoakan sahabat saya ibni umar attar bin ibni shah sihat seperti sedia kala. Alfatihah. Terima kasih wahai sahabatku. Insha Allah, Allah akan membalas kembali jasamu. Wallahu.

Wednesday, 30 September 2015

Dimanakah jodohku ?

Assalamualaikum. haii. kaixo egun on,zdrasti, bon dee-ah, annyeonghaseyo, sobaakhul khoir. selamat pagi semua.. hehe. Okay hari ini kita sempoi je kay. seperti tajuk di atas. Dimanakah jodohku ? dan siapakah jodohku ? seperti yang sedia maklum bahawa jodoh itu rahsia Allah taala bukan ? Tetapi Hakak seringkali berfikir, siapakah gerangannya ? adakah jodoh saya ketika ini adalah kawan sy sekarang ? atau dia masih berfoya-foya dengan wanita lain? hurmmm, sebenarnya Hakak risau, semakin lama semakin tua Hakak ni. bukan semakin muda. betul kan ? Mungkin diantara kalian yang membaca blog ini adalah jodohku. Mungkin. siapa tahu kan ? Saya nak pesan kepada bakal zaujku. Siapa aku ? cukuplah kamu hanya mengenali dengan namaku sahaja. Jangan mengenaliku kerana aku tidak sebaik yang disangkakan. Kerana kekurangan dan keburukkan yang akan kelihatan apabila telah kenal diriku ini. Aku tidak mahu sesiapa menyesal mengetahui sikap, cara, dan percakapanku. Kerana apa? kerana terlalu banyak kekurangan yang akan aku tunjukkan kepadamu suatu hari nanti.. Enough!! Hanya dengan gelaran sahaja sudah memadai. cukuplah hanya Dia lebih mengenali aku dan orang lain melontarkan pelbagai andaian pada aku. Bukan aku sombong untuk tidak mahu sesiapa kenal denganku tetapi ada sebab yang akan kamu ketahui setelah mengenaliku. Aku tahu kemampuanku, untuk mengenali pelbagai ragam manusia sememangnya tiada noktah!. Wahai bakal zaujku. Aku ingin kau tahu bahawa setiap hari ku pasti akan mendoakan perjalananmu untuk menempuh dugaan yang panjang untuk menghalalkanku. meskipun kamu tidak tahu bahawa kaulah jodohku kelak. Wahai bakal zaujku, Jangan engkau sesekali mendengar atau mempercayai cerita tentangku dimulut-mulut masyarakat. Meskipun mereka berkata begitu, bagiku itu adalah satu dugaan untuk aku tempuh didunia. Aku mahu kau disisi untuk menguatkan kesabaran hatiku ini. wahai bakal zaujku, jaga kesihatanmu elok-elok. Jika kamu sekarang ini sedang dilamun cinta oleh mana-mana gadis, Tolong putuskan. hehehe. Wahai bakal zaujku, jika Allah memberiku hidup lebih panjang suatu nanti, pasti kita bertemu jua. Insha Allah. Itu janji Allah. Jodohku kita pasti akan bertemu jua kelak. Aku akan doakanmu. Amiinn..