Thursday, 3 December 2015

Bila Kita Akan Mati?

Bismillahirahmanirrahim. Maha suci Allah. Assalamualaikum dan salam ukhwah. Hurmm. Harini nak cerita apa? Hurmm. Sejak kebelakangan ini sering kita dengar tentang kematian kan? Begitu juga kita nanti akan merasakkan sakatul maut. Pernah terfikir bila tibanya waktu kita ? Esok ka? Lusa ka? Setahun lagi ka? Tapi sudah cukupkah amalan kita? Tepuk dada tanya iman. Jangan solat kejap timbul kejap takdak. Solat yang paling manusia selalu tinggal adalah solat subuh. Betul? Subuhlah kita dah sedap tidur tiba-tiba bunyi azan. Ada kita terus bangun? Terus mandi then solat? Pi masjid? Ada tapi sesetengah. Dan ada segelintir manusia yang bila bunyi azan pastinya tutup telinga dengan bantal pada waktu subuh.subahanallah. Hati telah gelapka? Telah hitamka? Ya Allah. Kalau rumah dia sebelah masjid? Hurmm yang bagus tu terus bangun laa pi masjid sebelum masuk waktu subuh. Ada lagi duduk rumah sebelah masjid masih berselubung. Tahu tak sebenarnya ayah saya lah cakap. Jika dia dah dengar azan berkumandang tapi masih peluk bantal berselimut. Selimut dia itu adalah... Adalah apa ? Adalah kulit binatang khinzir. Wallahu min zalik'. Elakkanlah wahai sahabat yang saya kasihi. Ubah perangai jadi yang lebih baik dimata Allah. Biarkan manusia nak kata kita apa. Janji Allah tahu niat kita. Keikhlasan kita menunaikan kewajipan. Kita ni hidup tak lama. Hidup dah akhir zaman. Akhir zaman sahabat. Tolong tolong tolong. Berusaha jadi yang terbaik dimata Allah. Allah tak minta lebih pun kat kita. Minta solat 5 waktu, baca Al-quran, bersedekah. Mana yang minta pahala lebih solat sunat. Solat tahajud. Subahanallah. Allahuakhbar. Bertajdid kepada Allah. Niat jangan terpesong dari agama. Memperbanyakkan amalan kita. Bila-bila masa kita boleh pergi menghadap ilahi. Semoga amalan kita dan perbuatan kita diredhai dan dirahmati oleh Allah.Ingat, kita hidup di dunia untuk besarkan Allah, bukan besarkan diri. Jangan takabbur, rendah diri. Allah cinta akan hamba-Nya yang tawadhu'. Wallahu a'lam. Segala salah silap mohon ditegur ya. Syukron.. Assalamualaikum..

Thursday, 8 October 2015

Aku Dan Dia ( Bab 1.2)

Aku mula menjejakkan kaki untuk masuk ke perpustakaan. Sepertinya aku belajar sendiriran hari ini. Kawan-kawanku semakin sebuk dengan keduniaan. suasana di dalam perpustakaan begitu sunyi sekali. Aku masuk perlahan-lahan. Kemudian aku mula menarik kerusi di meja kedua berhadapan dengan senior pelajar perempuan. Agak takut jugalah aku ingin duduk. Tiada tempat lain yang kosong selain disini. Dan tidak mungkin jugalah aku ingin duduk semeja dengan pelajar lelaki. Selepas aku mula melabuhkan punggungku beberapa saat, Aku mula membuka bukuku satu demi satu. Aku mula khusyuk membaca buku pelajaran aku, dengan tiba-tiba seorang senior perempuan menegurku. "awak ini zahirah yea? budak junior law?" Aku mengangkat muka dengan perlahan sambil mengerutkan dahi tanda hairan. Lalu aku menjawab. "yea saya. kenapa ?" senior itu terus mengenalkan dirinya sebagai amirah. aku hanya mampu menganggukan kepala sahaja. Selang beberapa saat, kesunyian menjelma kembali. Beberapa jam kemudian, aku mula menutup bukuku. Masa berjalan begitu pantas. perpustakaan tersebut semakin lengang kerana waktu tidak mengizinkan mereka berlama disitu. Semasa aku ingin berjalan menuju ke hostel aku, dengan tidak sengaja pelajar perempuan dari arah bertentangan merempuh bahuku sehingga bukuku dan kertas jatuh berselerak di atas tanah. Aku dengan pastas memungut buku dan kertas berselerakkan di atas tanah. pelajar perempuan itu meminta maaf, dan aku mula memandang mukanya. aku sempat beristighfar dalam hati. bahawa pelajar perempuan yang melanggar aku tadi adalah kawanku ketika sekolah menengah dahulu. kami mula berpelukkan. "iera! awak Zahirah kan ? budak sotong dalam kelas dulu? betul kan?" dia bertanya dengan nada teruja. aku menjawab. "yea, kita lahh.ni pika kan ? ishh dah lama tak jumpa apa khabar sihat? sekarang ambik cost apa? macam mana study, ok?" "almost okay lah. ambik cost sains pertanian. takdelah pandai macam awk. hihi.. eh ok lah, kita nak cepat ni. nak jumpa orang. " sambil mengambil sehelai kertas di dalam beg sandangnya. "haa ni nombor telefon kita. kalau pape nanti call lah number ni. boleh contact,." aku pula menjawab. "oh. okay no problem. insha Allah jumpa kalau ada masa jumpa lagi yea. hihi. bye. hati-hati" "bye. tata iera. assalamualaikum" 'waalaikumsalam' jawabku didalam hati. syafiqa semakin kejauhan sambil melambaikan tangannya. aku pula meneruskan langkahku unTuk balik ke bilik kediamanku. Pada keesokan harinya Aku memulakan rutin harianku seperti selalu. suasana di dewan terasa berlainan seperti biasa. Mungkin firasat hati aku sahaja. Mungkin mereka kebanyyakannya runsing tentang tesis yang bakal mereka menerimanya nanti. Final exam untuk sem 5 dah nak dekat. Aku juga turut risau tentang itu juga. Pensyarah mula bersuara di hadapan dewan kuliah. Aku mula menumpukan perhatianku kepadanya. Dengan tidak semena namaku diseru. " amnirah zahirah, apa yang kamu tahu tentang undang-undang bertulis dengan tidak bertulis ? sila jelaskan." Aku melangkah keluar dari kerusiku untuk pergi ke bahagian depan dewan. Tanganku seperti sejuk kebekuan, dan Aku berasa berdebar pabila ingin menerangkannya. "TErima kasih prof. Adat bertulis itu, ianya adalah tidak bermaksud bahwa undang-undang itu tidak bertulis sebenarnya, ia bermaksud undang-undang ini bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan Persekutuan, Perundangan Negeri Dan Perundangan subsisiari.. Manakala Undang-undang tidak bertulis itu adalah merupakan sumber utama Undang-Undang di Malaysia. Ia merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh baadan legistatif. undang-undang bertulis ini dikenali sebagai sumber bertulis kerana ia secara spesifik dinyatakan , ditulis dan distatutorikan. Itu sahaja yang boleh saya terangkan prof " Aku mula menundukkan kepala. semua mata tertunpu kepada aku. Aku mula gelisah jika jawapanku itu tidak tepat. "okay zahirah, jawapan awak saya boleh terima. Lain kali dalam kelas jangan berangan. Saya nampak kamu tidak menumpukan sepenuhnya tadi. Silakan duduk." "terima kasih prof" rakan-rakanku mula menepukkan tangan kepadaku. sama ada memperliku atau sebaliknya. Aku mula duduk dikerusi yang aku duduk pada mulanya..... *bersambung*

Tuesday, 6 October 2015

Aku Dan Dia ( Bab 1 )

Aku berjalan sambil menghirup udara segar di pagi yang hening ini. Nampaknya cuaca hari ini mendung sedikit dari hari-hari sebelumnya. sudah 2 minggu hujan tidak membasahi bumi ini. Nampak gayanya hari ini dikirakan hujan akan turun. bersyukur kami. takungan air juga semakin menurun jika hujan tidak turun lagi. Selepas penat lelah bersenam di pagi hari aku berehat di pankin di hadapan halaman rumahku. Dengan tidak sengaja aku terpandang suatu ukiran di sisi tempat dudukku. mulutku berkumat kamit membaca tulisan tersebut. '08.06.1999?' Bahawasanya sudah 23 tahun aku hidup dikampung ini. 08 jun 1999. sudah 16 tahun pankin ini terbina. Banyak kenangan aku disini. Ayahku sudah uzur, begitu ibuku. jiran sebelah rumahku sudah lama meninggalkan kami disini. 'Apa khabar agaknya kelaurga azli. hurmmm rindu sungguh dengan kenakalan dia. aku mencarit sesuatu di pkok berdekatan denganku. beberapa minit kemudian. "okay dah siap" aku mengosok-gosok pokok itu sedikit.'azli-iera. 2015' akan aku ingat kau sehingga akhir nafasku. bisik hatiku. lalu tersenyum bersendiriran. selang beberapa minit umairah datang bertandang kerumahku. umairah adalah kawan sepermainan aku semasa kecil hinggala sekarang. hubungan kami juga sangat akrab. tapi tidak bersefahaman. "raa kau bila nak balik kolej? next week ke ? aku menjawab. "insha Allah. next week aku balik. aku kat sini sekejap je. stdy week. seminggu je lah dapat cuti. kau bila balik ? taknak saing balik ke ?" umairah menjawab "aku balik lepas kau balik. kau balik 13 hari bulan kan ? aku balik sana 18 hari bulan. Hari jumaat. lambat sikit" Aku menjawab. "haah, 13 aku balik. hari ahad. Nanti kau dah sampai sana roger-roger aku taw. jaga diri kau kat sana nanti. aku bukan boleh tengok-tengokkan kau slalu. jarang jumpa. walau satu negeri. hurmm." umairah gelak mendengar kata-kataku. lalu ia menjawab. "kau tengok-tengokkan aku ? eh setahu akulah kan. aku yang tengok-tengok kan kau setiap hari. Hahaha. kelakar lah." ketawa bangga. aku mula membuat muka sedih dihadapannya. "iera. haha. yealah kau tengok-tengok aku dulu.. dah! puas ?" aku menjawab. "tak ikhlas lah kau ni. sampai hati kan buat aku macam ni.. hurmm.." aku bersuara dengan nada merajuk. umairah bersuara "ish dah lah. kau ni merajuk pula. sambil memeluk bahuku. nanti ada masa kita jumpa yea. aku sayang kau sahabat." "aku pun sayang kau juga. dunia akhirat. insha Allah. ukhwah fillah." kami bersama-sama tersenyum sambil memandang sunyinya jalan di kampung ini. Jika kau lupa aku, kenangan kita, jasa aku, pengorbanan aku selama ini, aku nak kau tahu. aku akan sentiasa sematkan nama kau dalam hati aku. itu janji aku wahai umi umairah ali. bisik hatiku........ Selang beberapa hari, inilah saatnya untukku pergi buat sementara meninggalkan kampung halamanku. Sungguh ku akan merinduinya. Aku dahulukan salam kepada ibu ayahku. kemudian disusuli oleh rakan seperjuanganku. Bermacam-macam nasihat telah kuterima dari mereka. air mataku menitik membasahi pipi. ibu memelukku dengan kuat sekali. Lalu ibu melepaskan ku. ibu berpesan 'Nanti dah berjaya jangan lupa orang kampung. yang penting jangan lupa ibu ayah yang membesarkan kamu. ibu sayang adik. belajar sungguh-sungguh ya.' aku menyalami ibu buat kali kedua. Aku mula menaiki kereta yang dibawa oleh pakcikku... Bersambung..

Aku Dan Dia -(PROLOG)

"Adik! Bangun, dah pagi ni. Nanti lambat ke sekolah." tempelak ibu kepada aku. "yea ibu, dah bangun ni" aku bangun dengan malas. lalu terus masuk ke dalam bilik air. "Adik, adik buat apa dalam bilik air tu lama-lama? kau tahu tak sekarang ni sudah pukul berapa ? mandi cepat!" suara ayah mematikan lamunanku. Aku terus mandi dan bersiap. "okaylah iera dah lambat," sambil memakai kasut. "iera pergi dulu ibu, ayah. Assalamualaikum" "eh! nanti dulu. bekal kamu ni... Bertuah punya anak." aku tidak memperdulikan suara ibu memanggilku. aku terus mengayuh basikalku sehingga ke sekolah. Lagi beberapa minit sahaja lonceng sekolah akan berbunyi. tepat pada masanya aku sampai ke sekolah.. "iera, kenapa lambat datang ke sekolah hari ini ? kau fikir cuti lagi ya ?" izzati menepuk bahuku. "Aku bangun lambat sikit hari ini. itu pun nasib ibu aku kejutkan. kalau tak kejut memang tak terbangun lahh cek na." Fatin menyampuk dari belakang. "haa malam tadi awak tidur pukul berapa sampai lambat hari ini bangun ?" aku menjawab. "Pukul 1 lebih. tak boleh tidur sangat malam tadi. tak tahu kenapa susah sangat nak tidur. eh dah jom masuk kelas. nanti kita bertiga pula kena denda sebab masuk kelas lambat. jom jom." kami bertiga berjalan menuju ke kelas.. setengah hari masa berlalu di sekolah. "assalamualaikum, ibu iera dah balik. Ibu. ohh ibu. mana ibu ni ? mesti kat belakang rumah. takkan tak masuk lagi dah tengah hari ini." bebel aku sambil kakiku berjalan menuju ke pintu belakang.. "humm dah agak. Baik aku jenguk kuali dulu. kihkihkih. perutku sudah berkeroncong." aku membuka periuk dan kuali satu per satu. "hari ini ibu masak sedap. tunggu ibu lah. nnti boleh makan sekali.. Aku pusing kebelakang dengan tiba-tiba. "aaHHh!" "ishhh kau ni kan. pandai nak masuk rumah aku bagi salam ? Dari mana kau masuk rumah aku ni ? lubang tikus ke apa ?" membidas aku. "ish kau ni merepek lah. aku ikut pintu depan. tuu kau reti nak tutup pintu ? kalau bukan aku yang masuk, pencuri yang masuk macam mana ? aku sepak juga kau ni tau." bebel azli kepadaku. *azli adalah kawanku sejak aku berumur 5 tahun lagi. Dia dikatakan sangat rapat dengan family aku. ibu bapanya pun senang dengan keluarga aku disini. Aku senang berkawan dengannya.* aku berbicara di dalam hati. "raa kau dah makan ? aku lapar lah. ibu masak apa ? sedap tak hari ini ?" kata azli. aku menjawab "eh? kau tak makan lagi ke kat rumah kau ? aku belum makan lagi tunggu ibu masuk. nak ajak makan sekali. Dah kau pergi balik. makan dengan mak sana. kesian tau mak makan sorang-sorang. dah pergi." aku menolak badannya sehingga keluar dari rumahku. "petang nanti aku datang lagi yea. Nak belajar dengan kau." "haa ya. baik tuan. saya menurut perintah tuan" sambil tanganku menabik di dahi. Bersambung...

Sunday, 4 October 2015

Dugaanku datang kembali.

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah. Lepas satu-satu dugaan yang telah kau berikan kepadaku. Tiada siapa pun akan faham keadaanku ketika ini. Tiada siapa pun akan faham perasaanku ketika ini. Sudah 3 hari ku menangis membasahi pipiku sebelum lenanya tidurku. Bermacam-macam perlian sudah kuterima dikalangan masyarakat sekelilingku. Wahai diriku yang kerdil ini. Ku mahu kau tahu bahawa dirimu ini adalah semangatku untuk ku bangkit menghadap ilahi. Dan kumahu kau tahu, kau mesti kuat untuk menjalani hidup sedia kala. Jangan kamu lemah kerana manusia. Jangan kamu jatuh kerana manusia. Manusia begini adalah semngatmu untuk berjuang! Allahumma yassir wala tu'assir. Allah ada bersamamu. Insha Allah.. Wahai sahbat-sahabatku yang saya sayangi.. Ku mohon pada kamu semua. Mendoakan sahabat saya ibni umar attar bin ibni shah sihat seperti sedia kala. Alfatihah. Terima kasih wahai sahabatku. Insha Allah, Allah akan membalas kembali jasamu. Wallahu.

Wednesday, 30 September 2015

Dimanakah jodohku ?

Assalamualaikum. haii. kaixo egun on,zdrasti, bon dee-ah, annyeonghaseyo, sobaakhul khoir. selamat pagi semua.. hehe. Okay hari ini kita sempoi je kay. seperti tajuk di atas. Dimanakah jodohku ? dan siapakah jodohku ? seperti yang sedia maklum bahawa jodoh itu rahsia Allah taala bukan ? Tetapi Hakak seringkali berfikir, siapakah gerangannya ? adakah jodoh saya ketika ini adalah kawan sy sekarang ? atau dia masih berfoya-foya dengan wanita lain? hurmmm, sebenarnya Hakak risau, semakin lama semakin tua Hakak ni. bukan semakin muda. betul kan ? Mungkin diantara kalian yang membaca blog ini adalah jodohku. Mungkin. siapa tahu kan ? Saya nak pesan kepada bakal zaujku. Siapa aku ? cukuplah kamu hanya mengenali dengan namaku sahaja. Jangan mengenaliku kerana aku tidak sebaik yang disangkakan. Kerana kekurangan dan keburukkan yang akan kelihatan apabila telah kenal diriku ini. Aku tidak mahu sesiapa menyesal mengetahui sikap, cara, dan percakapanku. Kerana apa? kerana terlalu banyak kekurangan yang akan aku tunjukkan kepadamu suatu hari nanti.. Enough!! Hanya dengan gelaran sahaja sudah memadai. cukuplah hanya Dia lebih mengenali aku dan orang lain melontarkan pelbagai andaian pada aku. Bukan aku sombong untuk tidak mahu sesiapa kenal denganku tetapi ada sebab yang akan kamu ketahui setelah mengenaliku. Aku tahu kemampuanku, untuk mengenali pelbagai ragam manusia sememangnya tiada noktah!. Wahai bakal zaujku. Aku ingin kau tahu bahawa setiap hari ku pasti akan mendoakan perjalananmu untuk menempuh dugaan yang panjang untuk menghalalkanku. meskipun kamu tidak tahu bahawa kaulah jodohku kelak. Wahai bakal zaujku, Jangan engkau sesekali mendengar atau mempercayai cerita tentangku dimulut-mulut masyarakat. Meskipun mereka berkata begitu, bagiku itu adalah satu dugaan untuk aku tempuh didunia. Aku mahu kau disisi untuk menguatkan kesabaran hatiku ini. wahai bakal zaujku, jaga kesihatanmu elok-elok. Jika kamu sekarang ini sedang dilamun cinta oleh mana-mana gadis, Tolong putuskan. hehehe. Wahai bakal zaujku, jika Allah memberiku hidup lebih panjang suatu nanti, pasti kita bertemu jua. Insha Allah. Itu janji Allah. Jodohku kita pasti akan bertemu jua kelak. Aku akan doakanmu. Amiinn..

Sunday, 27 September 2015

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam??

Assalamualaikum semua.. Hehe.. Hakak datang kembali. Okay isu kita pada hari ini ialah tentang berapa ramai lelaki boleh menjadi imam? Mari kita kupas. . . Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. . “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” . Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. . “Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. . Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. . Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. . Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. . Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. . Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. . “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. .Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. . Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! Kesimpulannya lelaki tidak perlu menunding jari kepada wanita sahaja walhal diri sendiri yang patut perbaiki kelemaham seseorang pasangan mereka.Ramai jugak lelaki zaman sekarang lebih ambil berat tentang status pasangan tersebut sama ada pandai memasak atau sebaliknya. Jika lelaki mahukan perempuan yang pandai memasak. Maka perempuan juga layak memilih lelaki yang boleh dijadikan imam mereka sama ada didunia mahupun diakhirat sana. Insha Allah. Mari kita sama-sama berubah kerah kebaikan diri, masyarakat dan negara. Segala salah silap datang dri saya. Yang baik datang dri Allah.. Wallahi.. Assalamualaikum.

Sunday, 20 September 2015

SRIKANDI ISLAM

Assalamualaikum dan selamat pagi adik, akak, abang yang saya sayangi sekali.Hari ini baru sempat nak update blog. Dah lama tak update. Haha. Padahal baru berapa hari je. Lama dia tu macam 2 tahun tak update. Okay hari ini hakak nak bercerita tentang srikandi islam iaitu siti fatimah az zahra.selamat membaca. . . . Lahirnya Siti Fatimah Az Zahra r.a merupakan rahmat yang telah dilimpahkan Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yang suci. Ia laksana benih yang akan menumbuhkan pohon besar penyambung keturunan Rasulullah SAW. Ia satu-satunya yang menjadi sumber keturunan paling mulia yang dikenali umat Islam di seluruh dunia. . Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW di angkat menjadi Rasul. . Siti Fatimah Az Zahra r.a membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala sedang hebatnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala. Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a sudah mengalami penderitaan, merasakan kehausan dan kelaparan. Dia berkenalan dengan pahit getirnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Lebih dari tiga tahun, dia bersama ayah bondanya hidup menderita dibuang daerah akibat pemboikotan orang-orang kafir Quraisy terhadap keluarga Bani Hasyim. . Setelah bebas penderitaan setelah 3 tahun diboikot, datang pula ujian berat atas diri Siti Fatimah Az Zahra r.a, apabila wafatnya bonda tercinta, Siti Khadijah r.a. Perasaan sedih selalu sahaja menyelubingi hidup sehari-harinya dengan putusnya sumber kecintaan dan kasih sayang ibu. . Rasulullah SAW sangat mencintai puterinya ini. Siti Fatimah Az Zahra r.a adalah puteri bongsu yang paling disayang dan dikasihani junjungan kita Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW merasa tidak ada seorang pun di dunia, yang paling berkenan di hati baginda dan yang paling dekat di sisinya selain puteri bongsunya itu. Part 2 - SITI FATIMAH AZ ZAHRA . . Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian: “Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…” Penyataan baginda itu bukan sekadar cetusan emosi, melainkan suatu penegasan bagi umatnya, bahawa puteri baginda itu merupakan lambang keagungan peribadi yang ditinggalkan di tengah umatnya. . Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan sendiri ujian-uijian getir yang dialami oleh ayah bondanya, baik berupa gangguan-gangguan, mahupun penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan orang-orang kafir Quraisy. Siti Fatimah hidup di udara Makkah yang penuh dengan debu perlawanan orang-orang kafir terhadap keluarga Nubuwah, keluarga yang menjadi pusat iman, hidayah dan keutamaan. Dia menyaksikan keteguhan dan ketegasan orang-orang mukmin dalam perjuangan gagah berani menghadapi komplot-komplot Quraisy. Suasana perjuangan itu membekas sedalam-dalamnya pada jiwa Siti Fatimah Az Zahra r.a dan memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadinya, serta mempersiapkan kekuatan rohaniah bagi menghadapi kesukaran-kesukaran di masa depan. . Setelah ibunya wafat, Siti Fatimah Az Zahra r.a hidup bersama ayahandanyaa. Satu-satunya orang yang paling dicintai. Dialah yang meringankan penderitaan Rasulullah SAW ketika ditinggal wafat isteri baginda, Siti Khadijah. Pada suatu hari Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan ayahnya pulang dengan kepala dan tubuh penuh pasir, yang baru saja dilemparkan oleh orang-orang Quraisy, di saat ayahandanya sedang sujud. Dengan hati remuk-redam laksana disayat sembilu, Siti Fatimah r.a segera membersihkan kepala dan tubuh ayahandanya. Kemudian diambilnya air untuk mencucinya. Dia menangis tersedu-sedu menyaksikan kekejaman orang-orang Quraisy terhadap ayahnya. . Kesedihan hati puterinya itu dirasakan benar oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk menguatkan hati puterinya dan meringankan rasa sedihnya, maka Nabi Muhammad SAW sambil membelai-belai kepala puteri bongsunya itu, berkata, “Jangan menangis…, Allah melindungi ayahmu dan akan memenangkannya dari musuh-musuh agama dan risalah-Nya.” . Dengan tutur kata penuh semangat itu, Rasulullah SAW menanamkan daya juang yang tinggi ke dalam jiwa Siti Fatimah r.a dan sekaligus mengisinya dengan kesabaran, ketabahan serta kepercayaan bahawa Islam akan menang. Meskipun orang-orang sesat dan derhaka seperti kafir Quraisy itu sentiasa mengganggu dan melakukan penganiayaan-penganiayaan, namun Nabi Muhammad SAW tetap melaksanakan tugas risalahnya. Wallahu a'lam.

Friday, 4 September 2015

Semua orang mempunyai masalah tersendiri

Assalamualaikum semua. Dah lama hakak tak update. Busy sikit beberapa hari ni. Hehe.okay hari ini hakak nak cakap tentang masalah manusia. Ya! Semua manusia mempunyai masalah. Setiap masalah pastinya adalah berbeza bagi setiap orang Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain. Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi. Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kita selalu mengharapkan simpati? Jangan terlalu mengharapkan simpati dariy orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain. Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama – sama dengan kita. Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyaimasalah yang boleh menyakiti perasaannya. Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif. Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita. Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya. Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat. Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya. Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan. Daripada terus membincangkan hal – hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan. Selalu merasa optimitis dan gantilah kata – kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kita berasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita. Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan. Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti. "Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna " ☺

Wednesday, 26 August 2015

Membuka aib orang lain.

Assalamualaikum dan selamat malam semua. kita berjumpa lagi. hihi. Okay hari ini hakak nak bercerita tentang seorang sahabat mengundang rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berserta jemaah untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. ketika mereka sedang menikmati juadah, ada tercium aroma yang tidak enak sekali. rupenya ada diantara jemaah yang hadir telah membuang angin. para sahabat saling menoleh antara satu sama lain, ingin mencari siapakah gerangan yang telah membuang angin itu. Wajah Rasulullah sedikit berubah tanda tidak senang dengan bauan tersebut. maka Tatkala waktu solat maghrib hampir tiba, sebelum bubar dari duduk mereka, rasulullah berkata "barangsiapa yang makan daging unta hendaklah mengambil wudhuk semula." mendengar perintah Rasulullah tersebut, maka semua jemaah mengambil wudhuk semula. Dan terhindarlah dari orang yang buang angin tersebut.. Maka disini, hakak ingin berpesan supaya, jagalah aib kawanmu sediri, saudara seislammu sendiri. Jagalah sebaik mungkin. jika kamu menunding satu jari daripadanya aib seseorang, maka Allah akan menunding empat jari diantara yang lain kepada dirimu sendiri.. maka berhati-hatilah jika menjaga rahsia seseorang. Jika terlepas berkata, kamu hendaklah meminta ampun kepada orang tersebut dan meminta ampun juga kepada Allah. Nabi SAW bersabda "sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim, maka Allah akan menutupi kesalahannya didunia dan juga di akhirat kelak." Wahai sahabat-sahabat yang hakak sayangi. tolong tolong tolong. Jika kamu tersilap langkah cepat-cepat beristigfar kepada Allah dan meminta ampun atas kesalahanmu. setiap muslim pasti akan melakukan kesalahannya sendiri. daan saya juga semestinya banyak melakukan kesalahan kepada semua orang. Allahu. Hanya kepadaMu aku berharapa, dan hanya kepadaMu aku bergantung. segala yang baik datangnya dari Allah. yang buruk datangnya dari saya sendiri. Semoga sahabat-sahabat semua sihat dan bergembira disamping keluarga. Wallahu A'lam. Tata.. asslamaualaikum. ^_^

Saturday, 22 August 2015

Muhammad bismi bin muhd amir najib.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Hari ini hakak nak cerita serba sedikit tentang kawan hakak ni. hehe. gementar pulak nak menaipnya. Bismillahirrahmanirrahim. hakak ada kawan yang bernama muhammad bismi,umurnya tua dua tahun dari hakak.. namanya agak pelik bunyinya, tetapi disebalik namanya ada pelbagai kelebihan yang ada pada dirinya. Hakak sangat bangga sebab dapat kawan dengan dia. every semester confrim dia akan naik pentas punya. Kata kawan-kawannya dia adalah seorang pelajar harapan kolejnya. mungkin. Bermulanya perkenalan kami di kolejnya. Time tu birthday hakak. kononya nak minta kek. haha. Tapi hakak kesian hakak bagikan jelah. dari situ hakak tak dapat cam lagi mukanya, sehinggakan dia dapat number Hakak. entah dari mana dia dapat pun tak tahu lah. wallahu. start dari situ hakak rapat. hakak sebenarnya tak suke chat lelaki yang hakak tak kenal. rasa macam nak cari gaduh, sebab tak kenal. Kah! tetapi dengan dia macam mana boleh terasa nak chat pulak. maybe sebab dia pandai ambik hati agaknya. thats why hakak selesa dengan dia. Dia sebenarnya suka memasak. kekadang dia share resepi dengan hakak. seronok juga lah share resepi ni. Bismi rajin tolong mak ayah dia kat rumah. Hakak jadi bangga pula dapat kawan macam dia. boleh gila-gila, satu kepala. hurmmm.. Ada suatu hari tu, Hari isnin bersamaan 16.02.2015. Hakak happy je datang kolej dia. Dengan nak bawak hadiah untuk dia sebab hari khamis sebelum tu kiteorang punya anyversary friendship for one year. hakak datang tengok kolej dia sunyi sangat. macam ada bad happen. but endahkan je. kononnya hari itu nak buat surprise, tapi diri hakak yang surprise sendiri. Kawan-kawan perempuan dia kejar akak dari lab, Terpanggil-panggil nama hakak. salah seorang tanya hakak, "ni kawan bismi ke?" hakak jawab "ya, kenapa ? kenapa dengan bismi ?" kawan dia jawab, "Bismi dah takda" hakak pun think positif time tu. untuk sedapkan hati. hakak jawab "dah tak ada ? dia pergi mana ? dah pindah kolej ke ? tapi dia tak bagitahu apa-apa pun dekat saya" hakak tarik nafas dalam-dalam. kawan dia jawab " Bismi dah tak ada, Adibah! bismi dah meninggal dibah!" seluruh jiwa raga hakak macam direntap. hakak nak pengsan time tu. tapi hakak gagahkan juga untuk berdiri. Hakak nangis sepuas-puasnya disitu juga sambil peluk kawan arwah. Nak tahu kenapa dengan arwah ? dia accident teruk, semasa nak pergi ke kolejnya., arwah penunggang dan bersama kawan baiknya. kawan baiknya hanya patah kaki dan tengkuk terkehel maybe. tak tahu sangat dengan kawanya. kata kawan perempuan arwah, bismi akan dibawa jenazahnya ke kolej dahulu sebelum dibawa ke kampung halamannya di pontian johor. Dan hakak sempat tatap wajahnya buat kali yang terakhir dengan bantuan lecturenya. Hakak dah tak kuat time tu. nangis je. tapi yang hakak pelik, kenapa dihadapan arwah hakak dah tak menangis seteruk pada permulaannya. mungkin arwah dahulu pernah berkata kepada hakak, jika dia pergi dulu, please tengok muka dia buat kali yang terakhir dan jangan menangis. dia selalu gurau dan menyatakan bahawa hakak seorang yang gembeng, kuat nangis. hurmm itu semua kenangan hakak. seminggu hakak tak keluar bilik dan demam. setiap malam hakak nangis kerana menanggung rindu. dan sebenarnya jika dia masih ada lagi, kami dan setahun setengah berkawan. Allahu. bahawasanya hakak rindu dengan senyuman dia, lawak jenakanya. hakak doakan semoga arwah ditempatkan dikalagan orang yang beriman. hakak akan sentiasa doakan arwah disana. banyak sangat kenangan hakak dengan dia. even benda buruk pun hakak tetap ingat dalam hati. haiiish daah mengalir sudah air mata hakak nii. insha Allah kami berkawan hingga jannah. amin. dah 6 bulan arwah pergi meninggalkan kita semua. AL-FATIHAH. dARI Allah kita datang, dari Allah kita kembali. Jaga diri baik-baik wahai sahabat. fi hifzillah. Assalamualaikum.

Apa yang ada dengan ciptaan Allah?

Assalamualaikum dan salam uhkwah, salam muafakat johor, dan selamat sejahtera semua. selamat pagi.. ^-^ Hari ini hakak nak bercerita tentang apa yang ada dengan cinptaan Allah. mari-mari, tarik nafas, hembus perlahan-lahan. nikmat bukan ? Alhamdulillah kita masih hidup lagi di bumi Allah ini. Kepada yang baru sahaja kehilangan orang yang tersayang, hakak ucapkan takziah dan semoga dicucuri dan dirahmati Allah hendaknya. Al-fatihah. Ciptaan Allah amat luas sekali. contoh paling dekat dengan kita ialah udara. Tanpa udara macam mana kita nak hidup? mengapa adakan tumbuhan hijau? tumbuhan hijau itu memberikan kita udara yang fresh yang bersih. cahaya matahari juga adalah makanan kita. ia adalah suatu fotosintesis. tanpa tumbuhan, udara, air, makanan dan matahari kita mungkin tak boleh hidup. kita macam haiwan juga. tumbuhan jga memerlukan cahaya matahari, air, udara untuk hidup. okay, hakak sebenarnya lebih suka kepada pantai. pantai membuatkan kita rasa tenang kan? mengapa? pantai menghasilkan bauan yang baik untuk kita. even pantai tu masin ke manis ke pahit ke. haha. tetap kita suke berkelah dia pantai. ada ke orang berkelah di tepi longkang ? angkat tangan sikit.. hakak nak tengok. mungkin 1 dalam 1000 agaknya yang berkelah di tepi longkang. Pantai pun membuatkan jiwa,hati, akal kita tenang. itu semua ciptaan Allah. Allah nak tengok kita macam mana mentafsir ciptaan Allah ni. lihatlah sebesar-besar alam ini. Allah maha besar. ciptaanNya meluas. banyak lagi contoh yang Allah bgi dekat kita yang Allah itu maha pencipta. Ni hakak share serba sedikit sahaja contohnya. Jangan malu jangan segan comment kalau apa yang hakak type ni salah. boleh runding dengan hakak. hihi. Hakak ni sporting sebenarnya. tak ada lah straight sangat.. okay lah. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datangdari saya sendiri. salam uhkwah fillah. assalamualaikum.

Friday, 21 August 2015

ikatan Silaturrahim.

Assalamualaikum saudari/saudara sekalian. okay hari ni hakak nak cerita tentang ikatan silaturrahim. Apa silaturrahim ? silaturrahim bukan sekadar berkenal-kenalan, bersalam salaman. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua. silaturrahim dari segi mental dan ketulusan hati ialah 'silah' 'wasal' yang bererti menyambungkan atau menghimpun dan 'rahim' bermaksud kasih sayang.silaturrahim adalah jalan menhubungkan kembali hubungan yang telah terputus kian lama. selain itu janganlah kamu memutuskan ikatan silaturrahim ini. kerana ia adalah haram. dan dosa besar disisi Allah. wallahu.kebanyak orang zaman sekarang, apabila gaduh sahaja putus kawan, putus member, putus friendship, sesiapa yang memutuskannya akan dapat balasan dineraka nanti. janganlah kamu berbuat begitu wahai sahabat. cuba cari jalan penyelesaiannya. semua dugaan mesti ade hikmahnya. berdoa kepada Allah. Allah bagikan awak dugaan dalam silaturrahim ada sebab. buka kerana Allah nak tengok umatnya berpecah belah.. ingatlah yang baik dari Allah yang buruk dari saya sendiri. wallahu. asslamualaikum.

Menangis kerana takutkan Allah.

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.” Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.” Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.” Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28) Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.” Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.” Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W” Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Bersederhanalah dalam kehidupan

lebih baik berkedudukan rendah  andai  kedudukan yg tinggi menyebabkan kita  sering merendahkan orang lain... lebih baik berwajah kurang cantik  andai  cantiknya wajah kita membuat kita ingin  selalu mempamerkannya dan mengharap banyak pemuja... aurat di terbuka untuk sembarangan lelaki.. lebih baik tidak berharta,  andai  harta yang kita punya membuat kita  cinta dunia dan lupa membantu sesama manusia... lebih baik lagi mensyukuri semua nikmat yang telah Allah beri..  tetap rendah hati, sentiasa bersyukur, apapun dan bagaimanapun,  percayalah..  Allah Maha Adil

Thursday, 20 August 2015

Rokok elektronik atau rokok biasa adalah haram!

Assalamualaikum.. Wahai umat islam. bahawa apabila kita makan makanan yang haram walaupun sedikit. 40 hari amalan kita tidak terima. jika setitik arak juga begitu, apatah lagi rokok yang hari-harinya dihisap. macam manakah amalannya ? wallahu. hanya kamu dan Allah sajaha tahu amalanmu itu. mengapakah zaman sekarang semakin canggih ? kerana pengaruh orang barat sangat kuat. orang barat mahu kita lalai wahai sahabat-sahabat sekali. Tolonglah.. tolong selamatkan diri sendiri dari penyakit. simpan nyawa itu sebaik-baiknya. banyak fatwa mengatakan yang rokok itu haram. rokok walau macam mana pun tetap haram.
        Antara fatwa yang mengatakan rokok itu haram adalah..Ulama Syafi’iyah seperti Ibnu ‘Alaan dalam kitab Syarh Riyadhis Sholihin dan Al Adzkar serta buku beliau lainnya menjelaskan akan haramnya rokok. Begitu pula ulama Syafi’iyah yang mengharamkan adalah Asy Syaikh ‘Abdur Rahim Al Ghozi, Ibrahim bin Jam’an serta ulama Syafi’iyah lainnya mengharamkan rokok.. dan juga Ulama madzhab lainnya dari Malikiyah, Hanafiyah dan Hambali pun mengharamkannya. Artinya para ulama madzhab menyatakan rokok itu haram. Silakan lihat bahasan dalam kitab ‘Hukmu Ad Diin fil Lihyah wa Tadkhin’ (Hukum Islam dalam masalah jenggot dan rokok) yang disusun oleh Syaikh ‘Ali Hasan ‘Ali ‘Abdul Hamid Al Halabi hafizhohullah terbitan Al Maktabah Al Islamiyah hal. 42-44...
   Diantara alasan haramnya rokok seperti berikut :
Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan“. (QS. Al Baqarah: 195).
Karana merokok dapat menjerumuskan dalam kebinasaan, yaitu merusak seluruh sistem tubuh (menimbulkan penyakit kanker, penyakit pernafasan, penyakit jantung, penyakit pencernaan, berefek buruk bagi janin, dan merusak sistem reproduksi), dari alasan ini sangat jelas rokok terlarang atau haram.
Wahai saudara-saudara seislamku. janganlah kamu terjerumus dalam dalam sesuatu perkara yang buruk kepadamu.. wallahu. fi hifzillah. 

sabar

Apa itu sabar ? sabar adalah sesuatu perkara yang perlu kita menahan dari sesuatu perbuatan. dan kita haruslah menahan diri dari kesusahan dan menyikapi sesuatu syariah dan akal, menjaga lisan dari celaan, dan menahan anggota badan dari berbuat dosa. itulah sabar yang harus ditanamkan dalam diri sendiri.. Allah bagi kita ujian untuk kita terus bersabar dan bersujud padanya. Jangan sesekali jatuh kerana dugaanNya yang sekecil itu. setiap dugaan yang Allah bagi dekat kita itulah tanda Allah sayang akan kita semua. ingatlah pesan saya ini, walau dimana pun anda berada, ingatlah bahwasanya kita ini hanya pinjaman dari Allah.
     Segala apa musibah yang datang ingatlah semuanya ketentuan Allah. kita hanya merancang. Allah yang menentukan segalaNya. Baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya sendiri. wallahu.