Saturday, 22 August 2015

Muhammad bismi bin muhd amir najib.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Hari ini hakak nak cerita serba sedikit tentang kawan hakak ni. hehe. gementar pulak nak menaipnya. Bismillahirrahmanirrahim. hakak ada kawan yang bernama muhammad bismi,umurnya tua dua tahun dari hakak.. namanya agak pelik bunyinya, tetapi disebalik namanya ada pelbagai kelebihan yang ada pada dirinya. Hakak sangat bangga sebab dapat kawan dengan dia. every semester confrim dia akan naik pentas punya. Kata kawan-kawannya dia adalah seorang pelajar harapan kolejnya. mungkin. Bermulanya perkenalan kami di kolejnya. Time tu birthday hakak. kononya nak minta kek. haha. Tapi hakak kesian hakak bagikan jelah. dari situ hakak tak dapat cam lagi mukanya, sehinggakan dia dapat number Hakak. entah dari mana dia dapat pun tak tahu lah. wallahu. start dari situ hakak rapat. hakak sebenarnya tak suke chat lelaki yang hakak tak kenal. rasa macam nak cari gaduh, sebab tak kenal. Kah! tetapi dengan dia macam mana boleh terasa nak chat pulak. maybe sebab dia pandai ambik hati agaknya. thats why hakak selesa dengan dia. Dia sebenarnya suka memasak. kekadang dia share resepi dengan hakak. seronok juga lah share resepi ni. Bismi rajin tolong mak ayah dia kat rumah. Hakak jadi bangga pula dapat kawan macam dia. boleh gila-gila, satu kepala. hurmmm.. Ada suatu hari tu, Hari isnin bersamaan 16.02.2015. Hakak happy je datang kolej dia. Dengan nak bawak hadiah untuk dia sebab hari khamis sebelum tu kiteorang punya anyversary friendship for one year. hakak datang tengok kolej dia sunyi sangat. macam ada bad happen. but endahkan je. kononnya hari itu nak buat surprise, tapi diri hakak yang surprise sendiri. Kawan-kawan perempuan dia kejar akak dari lab, Terpanggil-panggil nama hakak. salah seorang tanya hakak, "ni kawan bismi ke?" hakak jawab "ya, kenapa ? kenapa dengan bismi ?" kawan dia jawab, "Bismi dah takda" hakak pun think positif time tu. untuk sedapkan hati. hakak jawab "dah tak ada ? dia pergi mana ? dah pindah kolej ke ? tapi dia tak bagitahu apa-apa pun dekat saya" hakak tarik nafas dalam-dalam. kawan dia jawab " Bismi dah tak ada, Adibah! bismi dah meninggal dibah!" seluruh jiwa raga hakak macam direntap. hakak nak pengsan time tu. tapi hakak gagahkan juga untuk berdiri. Hakak nangis sepuas-puasnya disitu juga sambil peluk kawan arwah. Nak tahu kenapa dengan arwah ? dia accident teruk, semasa nak pergi ke kolejnya., arwah penunggang dan bersama kawan baiknya. kawan baiknya hanya patah kaki dan tengkuk terkehel maybe. tak tahu sangat dengan kawanya. kata kawan perempuan arwah, bismi akan dibawa jenazahnya ke kolej dahulu sebelum dibawa ke kampung halamannya di pontian johor. Dan hakak sempat tatap wajahnya buat kali yang terakhir dengan bantuan lecturenya. Hakak dah tak kuat time tu. nangis je. tapi yang hakak pelik, kenapa dihadapan arwah hakak dah tak menangis seteruk pada permulaannya. mungkin arwah dahulu pernah berkata kepada hakak, jika dia pergi dulu, please tengok muka dia buat kali yang terakhir dan jangan menangis. dia selalu gurau dan menyatakan bahawa hakak seorang yang gembeng, kuat nangis. hurmm itu semua kenangan hakak. seminggu hakak tak keluar bilik dan demam. setiap malam hakak nangis kerana menanggung rindu. dan sebenarnya jika dia masih ada lagi, kami dan setahun setengah berkawan. Allahu. bahawasanya hakak rindu dengan senyuman dia, lawak jenakanya. hakak doakan semoga arwah ditempatkan dikalagan orang yang beriman. hakak akan sentiasa doakan arwah disana. banyak sangat kenangan hakak dengan dia. even benda buruk pun hakak tetap ingat dalam hati. haiiish daah mengalir sudah air mata hakak nii. insha Allah kami berkawan hingga jannah. amin. dah 6 bulan arwah pergi meninggalkan kita semua. AL-FATIHAH. dARI Allah kita datang, dari Allah kita kembali. Jaga diri baik-baik wahai sahabat. fi hifzillah. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment