Friday, 4 March 2016
Ayah lelaki Teristimewa
Assalamualaikum. Dah lama tak on blog. busy dengan assignment yang banyak. Hari ini kita cerita tentang ayah. dan semestinya anda mempunyai ayah. Saya juga begitu. Aku ? sebagai seorang anak mampu mendoakannya disana. Abah. panggilan yang aku berikan kepadanya. Aku seorang dalam keluarga memanggil abah atau bak, adik beradik yang lain memanggil bak. Abah sewaktu aku lahir kedunia, tanganmu menyambut lembut wajahku dan mengazankan ditelinga kananku. Abah ketika aku dibangku sekolah rendah, kau telah menghantarku dihadapan sekolah, sanggup kamu berjalan kaki demi keselamatan anakmu. Segala keperluanku telah kau berikan sepenuhnya untuk aku selesa belajar. segala kemahuanku pasti kau turutkan. Abah setelah ku dibangku sekolah menengah, kau hanya menemani aku dihadapan pintu rumah dan di sambung tugasmu oleh ibu. Ibu menghantarku sehingga aku menaiki bas. abah, setelah aku meningkat dewasa, kamu juga turut semakin tua dan tidak berdaya. sewaktu aku tingkatan 2 abah sudah tidak berdaya membawa kenderaan yang bernama kereta dan motor. katamu dahulu "kakiku tidak kuat untuk menekan minyak". Abah, setelah aku tingkatan 4, masihkah kau ingat akan peristiwa dugaan yang berlarutan ? bermacam-macam kamu menerimanya, dan kamu redha dengan dugaan tersebut. Akhir tingkatan 4, abah telah jatuh dibilik air dan tak berdaya untuk berkata-kata dan untuk bangkit sendiri. kami takut abah, kami risau, kami terus membawa abah ke hospital yang berhampiran. rupenya bukan sekejap abah di hospital. kira-kira 2 minggu abah di hospital. kemudian abah balik ke rumah. seminggu abah dirumah dan ibu menjaga abah dengan sebaik mungkin. kami adik beradik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah. selang seminggu tidak diduga abah dibawa ke hospital kerana ade simtom lain yang membuatkan kami risau. bukan sehari dua abah dihospital, seminggu di hospital kota tinggi, dan 12 hari dihospital besar johor. abah menjalani operation kecil selepas menjalani operation keadaan abah tersangat lemah jantungnya. 50-50. 3 hingga 4 hari keadaan abah semakin stabil dan diletakkan bilik pesakit yang stabil. selang sehari, aku tidak dapat melawat abah aku menelefon ibu di hospital menanyakan abah dihospital. kata ibu abah baik sahaja. aku menjadi tenang. selang beberapa jam, adik beradik masing-masing pergi melawat abah. aku fikir hanya melawat biasa. rupenya melawat luar biasa. pukul 9.40 malam kakakku mengejutku dari tidur dan menyatakan abah sudah tiada. Allah. aku termenung seketika. terejut. terus bangun basuh muka buka whatsapp ade mesej dari abangku dihospital. rupenya sewaktu aku menelefon ibu dihospital, bermacam-macam wayar menjalar ditubuh abahku. aku tidak mengetahui itu. ibu tak nak aku risau mungkin. dan esok nya jenazah dibawa balik kerumah. itulah kali terakhir aku dapat menatap wajahnya. mencium wajahnya. Allah, hanya dia sahaja yang tahu bertapa sucinya muka abah ketika itu, tersangat putih seperti abah dalam keadaan tidur sambil tersenyum. Abah. Adibah akan menjadi anak yang solehah buat abah. Diba akan buat ibu dan adik beradik bangga dengan kejayaan adibah. Abah, adibah sangat merindui abah. Adibah akan menjaga ibu sebaik mungkin. Adibah sayang abah. wahai sahabat sekalian. jagalah ibu bapamu, hargailah ibu bapamu semasa mereka masih dimuka bumi. Allah. Alfatihah. :) aku akan redha segalanya. insha Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment