Thursday, 8 October 2015
Aku Dan Dia ( Bab 1.2)
Aku mula menjejakkan kaki untuk masuk ke perpustakaan. Sepertinya aku belajar sendiriran hari ini. Kawan-kawanku semakin sebuk dengan keduniaan. suasana di dalam perpustakaan begitu sunyi sekali. Aku masuk perlahan-lahan. Kemudian aku mula menarik kerusi di meja kedua berhadapan dengan senior pelajar perempuan. Agak takut jugalah aku ingin duduk. Tiada tempat lain yang kosong selain disini. Dan tidak mungkin jugalah aku ingin duduk semeja dengan pelajar lelaki. Selepas aku mula melabuhkan punggungku beberapa saat, Aku mula membuka bukuku satu demi satu. Aku mula khusyuk membaca buku pelajaran aku, dengan tiba-tiba seorang senior perempuan menegurku. "awak ini zahirah yea? budak junior law?" Aku mengangkat muka dengan perlahan sambil mengerutkan dahi tanda hairan. Lalu aku menjawab. "yea saya. kenapa ?" senior itu terus mengenalkan dirinya sebagai amirah. aku hanya mampu menganggukan kepala sahaja. Selang beberapa saat, kesunyian menjelma kembali. Beberapa jam kemudian, aku mula menutup bukuku. Masa berjalan begitu pantas. perpustakaan tersebut semakin lengang kerana waktu tidak mengizinkan mereka berlama disitu. Semasa aku ingin berjalan menuju ke hostel aku, dengan tidak sengaja pelajar perempuan dari arah bertentangan merempuh bahuku sehingga bukuku dan kertas jatuh berselerak di atas tanah. Aku dengan pastas memungut buku dan kertas berselerakkan di atas tanah. pelajar perempuan itu meminta maaf, dan aku mula memandang mukanya. aku sempat beristighfar dalam hati. bahawa pelajar perempuan yang melanggar aku tadi adalah kawanku ketika sekolah menengah dahulu. kami mula berpelukkan. "iera! awak Zahirah kan ? budak sotong dalam kelas dulu? betul kan?" dia bertanya dengan nada teruja. aku menjawab. "yea, kita lahh.ni pika kan ? ishh dah lama tak jumpa apa khabar sihat? sekarang ambik cost apa? macam mana study, ok?" "almost okay lah. ambik cost sains pertanian. takdelah pandai macam awk. hihi.. eh ok lah, kita nak cepat ni. nak jumpa orang. " sambil mengambil sehelai kertas di dalam beg sandangnya. "haa ni nombor telefon kita. kalau pape nanti call lah number ni. boleh contact,." aku pula menjawab. "oh. okay no problem. insha Allah jumpa kalau ada masa jumpa lagi yea. hihi. bye. hati-hati" "bye. tata iera. assalamualaikum" 'waalaikumsalam' jawabku didalam hati. syafiqa semakin kejauhan sambil melambaikan tangannya. aku pula meneruskan langkahku unTuk balik ke bilik kediamanku. Pada keesokan harinya Aku memulakan rutin harianku seperti selalu. suasana di dewan terasa berlainan seperti biasa. Mungkin firasat hati aku sahaja. Mungkin mereka kebanyyakannya runsing tentang tesis yang bakal mereka menerimanya nanti. Final exam untuk sem 5 dah nak dekat. Aku juga turut risau tentang itu juga. Pensyarah mula bersuara di hadapan dewan kuliah. Aku mula menumpukan perhatianku kepadanya. Dengan tidak semena namaku diseru. " amnirah zahirah, apa yang kamu tahu tentang undang-undang bertulis dengan tidak bertulis ? sila jelaskan." Aku melangkah keluar dari kerusiku untuk pergi ke bahagian depan dewan. Tanganku seperti sejuk kebekuan, dan Aku berasa berdebar pabila ingin menerangkannya. "TErima kasih prof. Adat bertulis itu, ianya adalah tidak bermaksud bahwa undang-undang itu tidak bertulis sebenarnya, ia bermaksud undang-undang ini bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan Persekutuan, Perundangan Negeri Dan Perundangan subsisiari.. Manakala Undang-undang tidak bertulis itu adalah merupakan sumber utama Undang-Undang di Malaysia. Ia merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh baadan legistatif. undang-undang bertulis ini dikenali sebagai sumber bertulis kerana ia secara spesifik dinyatakan , ditulis dan distatutorikan. Itu sahaja yang boleh saya terangkan prof " Aku mula menundukkan kepala. semua mata tertunpu kepada aku. Aku mula gelisah jika jawapanku itu tidak tepat. "okay zahirah, jawapan awak saya boleh terima. Lain kali dalam kelas jangan berangan. Saya nampak kamu tidak menumpukan sepenuhnya tadi. Silakan duduk." "terima kasih prof" rakan-rakanku mula menepukkan tangan kepadaku. sama ada memperliku atau sebaliknya. Aku mula duduk dikerusi yang aku duduk pada mulanya..... *bersambung*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment