Tuesday, 6 October 2015
Aku Dan Dia -(PROLOG)
"Adik! Bangun, dah pagi ni. Nanti lambat ke sekolah." tempelak ibu kepada aku. "yea ibu, dah bangun ni" aku bangun dengan malas. lalu terus masuk ke dalam bilik air. "Adik, adik buat apa dalam bilik air tu lama-lama? kau tahu tak sekarang ni sudah pukul berapa ? mandi cepat!" suara ayah mematikan lamunanku. Aku terus mandi dan bersiap. "okaylah iera dah lambat," sambil memakai kasut. "iera pergi dulu ibu, ayah. Assalamualaikum" "eh! nanti dulu. bekal kamu ni... Bertuah punya anak." aku tidak memperdulikan suara ibu memanggilku. aku terus mengayuh basikalku sehingga ke sekolah. Lagi beberapa minit sahaja lonceng sekolah akan berbunyi. tepat pada masanya aku sampai ke sekolah.. "iera, kenapa lambat datang ke sekolah hari ini ? kau fikir cuti lagi ya ?" izzati menepuk bahuku. "Aku bangun lambat sikit hari ini. itu pun nasib ibu aku kejutkan. kalau tak kejut memang tak terbangun lahh cek na." Fatin menyampuk dari belakang. "haa malam tadi awak tidur pukul berapa sampai lambat hari ini bangun ?" aku menjawab. "Pukul 1 lebih. tak boleh tidur sangat malam tadi. tak tahu kenapa susah sangat nak tidur. eh dah jom masuk kelas. nanti kita bertiga pula kena denda sebab masuk kelas lambat. jom jom." kami bertiga berjalan menuju ke kelas.. setengah hari masa berlalu di sekolah. "assalamualaikum, ibu iera dah balik. Ibu. ohh ibu. mana ibu ni ? mesti kat belakang rumah. takkan tak masuk lagi dah tengah hari ini." bebel aku sambil kakiku berjalan menuju ke pintu belakang.. "humm dah agak. Baik aku jenguk kuali dulu. kihkihkih. perutku sudah berkeroncong." aku membuka periuk dan kuali satu per satu. "hari ini ibu masak sedap. tunggu ibu lah. nnti boleh makan sekali.. Aku pusing kebelakang dengan tiba-tiba. "aaHHh!" "ishhh kau ni kan. pandai nak masuk rumah aku bagi salam ? Dari mana kau masuk rumah aku ni ? lubang tikus ke apa ?" membidas aku. "ish kau ni merepek lah. aku ikut pintu depan. tuu kau reti nak tutup pintu ? kalau bukan aku yang masuk, pencuri yang masuk macam mana ? aku sepak juga kau ni tau." bebel azli kepadaku. *azli adalah kawanku sejak aku berumur 5 tahun lagi. Dia dikatakan sangat rapat dengan family aku. ibu bapanya pun senang dengan keluarga aku disini. Aku senang berkawan dengannya.* aku berbicara di dalam hati. "raa kau dah makan ? aku lapar lah. ibu masak apa ? sedap tak hari ini ?" kata azli. aku menjawab "eh? kau tak makan lagi ke kat rumah kau ? aku belum makan lagi tunggu ibu masuk. nak ajak makan sekali. Dah kau pergi balik. makan dengan mak sana. kesian tau mak makan sorang-sorang. dah pergi." aku menolak badannya sehingga keluar dari rumahku. "petang nanti aku datang lagi yea. Nak belajar dengan kau." "haa ya. baik tuan. saya menurut perintah tuan" sambil tanganku menabik di dahi.
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment