Tuesday, 6 October 2015
Aku Dan Dia ( Bab 1 )
Aku berjalan sambil menghirup udara segar di pagi yang hening ini. Nampaknya cuaca hari ini mendung sedikit dari hari-hari sebelumnya. sudah 2 minggu hujan tidak membasahi bumi ini. Nampak gayanya hari ini dikirakan hujan akan turun. bersyukur kami. takungan air juga semakin menurun jika hujan tidak turun lagi. Selepas penat lelah bersenam di pagi hari aku berehat di pankin di hadapan halaman rumahku. Dengan tidak sengaja aku terpandang suatu ukiran di sisi tempat dudukku. mulutku berkumat kamit membaca tulisan tersebut. '08.06.1999?'
Bahawasanya sudah 23 tahun aku hidup dikampung ini. 08 jun 1999. sudah 16 tahun pankin ini terbina. Banyak kenangan aku disini. Ayahku sudah uzur, begitu ibuku. jiran sebelah rumahku sudah lama meninggalkan kami disini. 'Apa khabar agaknya kelaurga azli. hurmmm rindu sungguh dengan kenakalan dia. aku mencarit sesuatu di pkok berdekatan denganku. beberapa minit kemudian. "okay dah siap" aku mengosok-gosok pokok itu sedikit.'azli-iera. 2015' akan aku ingat kau sehingga akhir nafasku. bisik hatiku. lalu tersenyum bersendiriran. selang beberapa minit umairah datang bertandang kerumahku. umairah adalah kawan sepermainan aku semasa kecil hinggala sekarang. hubungan kami juga sangat akrab. tapi tidak bersefahaman. "raa kau bila nak balik kolej? next week ke ? aku menjawab. "insha Allah. next week aku balik. aku kat sini sekejap je. stdy week. seminggu je lah dapat cuti. kau bila balik ? taknak saing balik ke ?" umairah menjawab "aku balik lepas kau balik. kau balik 13 hari bulan kan ? aku balik sana 18 hari bulan. Hari jumaat. lambat sikit" Aku menjawab. "haah, 13 aku balik. hari ahad. Nanti kau dah sampai sana roger-roger aku taw. jaga diri kau kat sana nanti. aku bukan boleh tengok-tengokkan kau slalu. jarang jumpa. walau satu negeri. hurmm." umairah gelak mendengar kata-kataku. lalu ia menjawab. "kau tengok-tengokkan aku ? eh setahu akulah kan. aku yang tengok-tengok kan kau setiap hari. Hahaha. kelakar lah." ketawa bangga. aku mula membuat muka sedih dihadapannya. "iera. haha. yealah kau tengok-tengok aku dulu.. dah! puas ?" aku menjawab. "tak ikhlas lah kau ni. sampai hati kan buat aku macam ni.. hurmm.." aku bersuara dengan nada merajuk. umairah bersuara "ish dah lah. kau ni merajuk pula. sambil memeluk bahuku. nanti ada masa kita jumpa yea. aku sayang kau sahabat." "aku pun sayang kau juga. dunia akhirat. insha Allah. ukhwah fillah." kami bersama-sama tersenyum sambil memandang sunyinya jalan di kampung ini. Jika kau lupa aku, kenangan kita, jasa aku, pengorbanan aku selama ini, aku nak kau tahu. aku akan sentiasa sematkan nama kau dalam hati aku. itu janji aku wahai umi umairah ali. bisik hatiku........ Selang beberapa hari, inilah saatnya untukku pergi buat sementara meninggalkan kampung halamanku. Sungguh ku akan merinduinya. Aku dahulukan salam kepada ibu ayahku. kemudian disusuli oleh rakan seperjuanganku. Bermacam-macam nasihat telah kuterima dari mereka. air mataku menitik membasahi pipi. ibu memelukku dengan kuat sekali. Lalu ibu melepaskan ku. ibu berpesan 'Nanti dah berjaya jangan lupa orang kampung. yang penting jangan lupa ibu ayah yang membesarkan kamu. ibu sayang adik. belajar sungguh-sungguh ya.' aku menyalami ibu buat kali kedua. Aku mula menaiki kereta yang dibawa oleh pakcikku... Bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment